awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysian Tigress mula langkah kiri di Sepanyol

Bernama
Bernama
13/01/2024
16:12 MYT
Malaysian Tigress mula langkah kiri di Sepanyol
Malaysian Tigress berjaya bertahan dengan baik pada suku pertama perlawanan sebelum pasukan lawan memperoleh gol pertama pada minit ke-30 menerusi jaringan padang Patricia Alvarez. - gambar fail/FB AHF/Hockey India
KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri pada kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mencatatkan kekalahan besar 0-7 kepada tuan rumah Sepanyol, hari ini.
Pada aksi Kumpulan B berlangsung di Estadio Beterodi, Valencia itu, skuad Malaysian Tigress berjaya bertahan dengan baik pada suku pertama perlawanan sebelum pasukan lawan memperoleh gol pertama pada minit ke-30 menerusi jaringan padang Patricia Alvarez.
Memasuki suku ketiga, permainan kurang meyakinkan anak didik Mohd Nasihin Nubli Ibrahim membiarkan Sepanyol menyumbat dua gol lagi, masing-masing menerusi Belen Iglesias pada minit ke-37 dan Maria Lopez yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-41.
Pasukan di ranking kelapan dunia itu terus mendominasi perlawanan apabila Iglesias menyumbat gol keempat (minit ke-52), diikuti jaringan kelima dan keenam oleh Alvarez (minit ke-56 dan 57), sebelum Beatriz Perez melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-60.
Skuad hoki wanita negara dijadual bertemu Kanada pada perlawanan kedua peringkat kumpulan esok.
Sementara itu, Mohd Nasihin berkata perlawanan hari ini bukan satu yang mudah buat pasukan wanita negara apatah lagi ini merupakan pertemuan pertama skuad negara dengan Sepanyol yang menduduki ranking jauh lebih tinggi.
"Pertemuan dengan Sepanyol bukan sesuatu yang mudah, dan pemain juga memberikan persembahan terbaik pada suku pertama perlawanan.
"Kita akan cuba curi mata apabila bertemu Kanada yang mempunyai ranking lebih kurang sama dengan kita esok," katanya menerusi rakaman video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Malaysian Tigress
#pasukan lawan
#langkah kiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan