awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City gandakan luka Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
01/03/2018
23:53 MYT
Manchester City gandakan luka Arsenal
Bernardo Silva meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama untuk Manchester City pada perlawanan EPL menentang Arsenal di Stadium Emirates, London, Britain, 1 Mac, 2018. REUTERS
ARSENAL 0 MANCHESTER CITY 3
Hasrat Arsenal untuk sekurang-kurangnya merapatkan diri dengan pasukan tangga kelima, Chelsea, lebur apabila tewas 3-0 di tangan Manchester City dalam aksi liga di Emirates, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Arsene Wenger turun di hadapan penyokong sendiri dengan keazaman untuk menebus kekalahan kepada lawan sama, setelah tumpas juga dengan jaringan sama di pentas final Piala EFL, hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, cita-cita itu ibarat direntap apabila Bernardo Silva bijak melencongkan bola melepasi Petr Cech dan menerjah jaring tatkala perlawanan baru berusia 15 minit.
Penyerang England, Danny Welbeck, dijatuhkan di depan kotak penalti oleh Nicolas Otamendi sehingga menyebabkan pertahanan Argentina itu dilayangkan kad kuning pertama perlawanan pada minit ke-19, namun Gunners terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma itu apabila tendangan Granit Xhaka ditepis keluar Ederson Moraes.
Sebaliknya, pelawat yang menambah jaringan sembilan minit kemudian, kali ini menerusi pemain tengah Sepanyol, David Silva.
Tindakan Sergio Aguero memperdayakan tiga pertahanan untuk melorongkan bola buat bekas pemain Valencia itu membolehkannya mudah menewaskan Cech untuk meletakkan City selesa dengan kedudukan 2-0.
City seakan-akan begitu selesa dengan setiap percaturan di Emirates apabila giliran Leroy Sane meletakkan nama dalam senarai penjaring lima minit selepas itu apabila menyempurnakan hantaran lintang Kyle Walker dari sebelah kanan.
Penyerang yang baru tiba dari Borussia Dortmund pada Januari lalu, Pierre-Emerick Aubameyang, berpeluang untuk merapatkan jurang buat tuan rumah selepas lapan minit babak kedua bersambung, namun Ederson tangkas menepis bola tendangannya.
Segalanya tampak tidak menjadi buat anak-anak buah Wenger dan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat aksi, meletakkan Gunners terus di tempat keenam liga dengan 45 mata, lapan mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga kelima.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#Bernardo Silva
#bola sepak
#David Silva
#EFL
#Emirates
#EPL
#Manchester City
#Sergio Aguero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan