awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City pasukan paling banyak berbelanja dekad ini - FIFA

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2021
03:44 MYT
Manchester City pasukan paling banyak berbelanja dekad ini - FIFA
Badan induk dunia itu mendedahkan perbelanjaan mendapatkan pemain kelab itu dari 2011 hingga 2020 telah mencecah AS$48.5 bilion (RM201.61 bilion). - Stadium Astro
MANCHESTER CITY menduduki tangga teratas senarai pasukan paling banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan pemain sepanjang dekad ini, demikian didedahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Badan induk dunia itu mendedahkan perbelanjaan mendapatkan pemain kelab itu dari 2011 hingga 2020 telah mencecah AS$48.5 bilion (RM201.61 bilion).
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pernah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendatangkan Kevin de Bruyne dan Ruben Dias sepanjang tempoh berkenaan.
Chelsea dan Barcelona, masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga senarai itu - tanpa mendedahkan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan.
Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid pula melengkapkan senarai lima pasukan teratas pada ketika 12 daripada 30 kelab dalam senarai itu datangnya daripada England.
Perpindahan Neymar daripada Barcelona kepada PSG memecahkan rekod dunia dengan €222 juta (RM 1.089 bilion) manakala pembiayaan Madrid untuk mendatangkan Eden Hazard daripada Chelsea dilaporkan mencecah €175 juta (RM858.74 juta).
Barcelona turut mengeluarkan perbelanjaan besar ketika membeli Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele, masing-masing daripada Liverpool dan Borussia Dortmund.
Penyerang Argentina, Angel Di Maria, mengisi dua slot perpindahan termahal sepanjang tempoh itu, di mana penyertaannya di Manchester United daripada Madrid menduduki tangga ke-10 sebelum perpindahannya ke PSG selepas itu berada di tempat kesembilan.
Delve into the detail behind $48.5bn worth of player trading between 2011 and 2020 with FIFA's 'Ten Years of International Transfers Report'. https://t.co/0SkxS2rh6A pic.twitter.com/03mWg9ZyXD
— FIFA.com (@FIFAcom) August 30, 2021
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Manchester City
#FIFA
#belanja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan