PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Manchester United mengukuhkan imej kelab itu apabila memperbaharui perkongsian strategik pintar kelab bola sepak itu dengan pembekal kit rasmi Adidas selama 10 tahun dan jaminan tunai minimum 900 juta pound.

Perjanjian baharu menjelang musim Liga Perdana Inggeris 2023/24 bermula bulan depan itu juga meneruskan jalinan perkongsian strategik sehingga Jun 2035.

Juara Inggeris sebanyak 20 kali itu akan kembali ke Liga Juara-Juara tahun ini, bulan lalu telah menaikkan ramalan tahunan mereka.

Menurut laporan tahunan terbaru syarikat itu, perjanjian asal dengan Adidas mengaitkan sebahagian daripada pembayaran tahunan dengan penyertaan kelab dalam Liga Juara-Juara.

Kegagalan The Red Devils untuk bermain dalam Liga Juara-Juara untuk dua musim berturut-turut, mengurangkan bayaran tahunannya sebanyak 30 peratus daripada jumlah yang dikenakan, menurut perjanjian itu.

Dalam pada itu, Manchester United masih dalam perbincangan untuk dijual selepas pemilik Amerika, keluarga Glazer, melancarkan proses jualan rasmi lewat tahun lalu. - Sinar Harian