MANCHESTER United dan Crystal Palace didenda £55,000 selepas para pemain mereka mencetuskan kontroversi semasa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal bulan ini, kata Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Rabu.

Insiden itu berlaku pada minit ke-67 dalam perlawanan yang dimenangi Manchester United, 2-1 di Stadium Old Trafford, 4 Februari lalu.

Kontroversi tercetus selepas Casemiro dilayangkan kad merah kerana mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah ekoran terjahan ke atas Antony.

United menerima kenyataan bahawa kelab gagal memastikan para pemain mereka berkelakuan dengan teratur dan mengelak daripada melakukan provokasi, namun Palace menafikan tuduhan itu.

"Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas kemudiannya mendapati pertuduhan terhadap Crystal Palace terbukti dan mengenakan denda kedua-dua kelab," kata FA.

United yang berada di tangga ketiga liga akan bertandang ke Anfield menentang Liverpool pada Isnin, manakala Palace di tangga ke-12 menentang Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. - Sinar Harian