awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bantuan maut selepas pulang ziarah ibu tiri meninggal dunia
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi kerana banjir
PAU 2025: UMNO Johor fokus pembangunan, perpaduan dan pengukuhan parti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United halang Bruno Fernandes wakili Portugal

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2021
05:50 MYT
Manchester United halang Bruno Fernandes wakili Portugal
Fernandes perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel yang diluluskan oleh pemerintah Inggeris selama 10 hari sebaik kembali ke United Kingdom berikutan langkah ketat bagi mengekang penularan pandemik berkenaan. - Foto Astro Arena
OLE Gunnar Solskjaer sedang mempertimbangkan sama ada akan menghalang bintang Manchester United, Bruno Fernandes, daripada melaporkan diri bersama Portugal bagi perlawanan antarabangsa berikutan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin COVID-19 yang ditetapkan pemerintah.
Juara bertahan Euro itu dijadual menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini -- di gelanggang sendiri bertemu Azerbaijan (24 Mac), ke Serbia (27 Mac) sebelum bertolak ke Luxembourg (30 Mac).
Itu bererti pemain tengah itu perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel yang diluluskan oleh pemerintah Inggeris selama 10 hari sebaik kembali ke United Kingdom berikutan langkah ketat bagi mengekang penularan pandemik berkenaan.
Ia bakal menyaksikan Solskjaer kehilangan khidmat Fernandes ketika menentang Brighton & Hove Albion (3 April) dan Tottenham (10 April).
Ditanya mengenai situasi itu selepas seri tanpa gol menentang Crystal Palace awal pagi tadi, pengurus United itu memberitahu wartawan: "Kami belum membincangkannya dan membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, tetapi adalah tidak masuk akal jika kami kehilangan pemain selama 10 hari gara-gara kuarantin.
"Kami membayar gaji pemain dan daripada apa yang saya faham, kami boleh menghalang pemain daripada pergi, ia ada dalam peraturan.
"FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah meletakkan peraturan bahawa pemain tidak semestinya dilepaskan, ia satu keputusan yang sukar untuk membenarkan mereka beraksi di negara-negara zon merah.
"Saya mahu Bruno bersedia untuk bertemu Brighton dan semoga kami berjaya di peringkat Eropah dan menentang Tottenham selepas jadual antarabangsa."
Topic Berkaitan
#Ole Gunnar Solskjaer
#COVID-19
#Manchester United
#Bruno Fernandes
#kelayakan Piala Dunia
#pemain Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan