SPORTS
Manchester United mara ke final Liga Europa selepas benam Athletic Bilbao 4-1

Dengan kemenangan ini, Manchester United (gambar) akan berdepan Spurs dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada 21 Mei di Bilbao, Sepanyol. - Foto Manchester United
MANCHESTER United menampilkan aksi gemilang apabila membenam Athletic Bilbao 4-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford malam tadi, menjarakkan agregat kepada 7-1 dan merangkul tiket ke final menentang Tottenham Hotspur.
Selepas dibolosi menerusi rembatan cantik Jaureguizar pada minit 31 babak pertama, United bangkit dan menguasai permainan pada separuh masa kedua.
Mason Mount menyamakan kedudukan tidak lama selepas rehat, sebelum Casemiro dan Rasmus Højlund masing-masing menambah gol.
Mount sekali lagi menambah derita Bilbao selepas menjaringan gol jarak jauh kaki kiri yang memukau terus ke gawang Bilbao untuk memastikan kemenangan selesa.Dengan kemenangan ini, Manchester United akan berdepan seteru dari Liga Perdana Inggeris, Spurs, dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada Rabu 21 Mei, di Bilbao, Sepanyol - satu kebetulan menarik kerana venue perlawanan akhir adalah di halaman lawan yang baru mereka singkirkan.
Pertembungan dua kelab gergasi England ini dijangka sengit, dengan kedua-dua pasukan berhasrat untuk menamatkan musim dengan trofi Eropah.
United kini hanya satu perlawanan lagi daripada menamatkan kemarau trofi Eropah mereka sejak kemenangan Liga Europa pada 2017.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami