awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mancini tak panik tewas besar dalam pra-musim

Astro Arena
Astro Arena
06/08/2016
02:07 MYT
Mancini tak panik tewas besar dalam pra-musim
Roberto Mancini memberi reaksi ketika perlawan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Bayern Munich di Chatrlotte, North Carolina, pada 30 Julai, 2016. - Foto AFP / NICHOLAS KAMM
ROBERTO Mancini mempertahankan skuad kendaliannya, Inter Milan, selepas dimalukan 6-1 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan persahabatan, awal pagi tadi.
Gol sepakan penalti yang disempurnakan Harry Kane dan Erik Lamela meletakkan Spurs mendahului 2-1 pada separuh masa pertama meskipun Inter terlebih dahulu di hadapan menerusi Ivan Perisic.
Namun Inter tidak diberi banyak ruang pada babak berikutnya yang menyaksikan Spurs menambah gol mereka menerusi Dele Alli, Kane, Vincent Janssen dan Shayon Harrison.
Mancini bagaimanapun melihat kepada sudut positif di sebalik kekalahan besar itu, khususnya pada separuh masa pertama.
"Tiada siapa suka kalah, terutamanya 6-1, namun di sebalik keputusan itu, saya berpuas hati dengan persembahan separuh masa pertama," kata Mancini.
"Pada minit ke-50 ke atas, kami melakukan terlalu banyak kesilapan dan keputusan membuktikannya.
"Kalah tidak pernah bagus, tapi saya lebih suka menentang pasukan mantap kerana lebih bagus berdepan dengan lawan yang berada di tahap lain."
Kekalahan itu merupakan yang keempat buat kelab Itali itu dalam tujuh aksi pra-musim, di mana mereka hanya meraih satu kemenangan.
Sekalipun keputusan hambar yang diraih Inter dalam aksi persahabatan, bekas pengurus Manchester City itu menegaskan Inter akan memperbaiki kedudukan keempat yang dicapai musim lalu.
"Musim ini, kami mahu memperbaiki kedudukan keempat (musim lalu) dan kami memiliki peluang untuk melakukannya. Kami perlu bekerja keras untuk berada di tahap terbaik dan melakukannya dengan baik."
Topic Berkaitan
#inter milan
#perlawanan persahabatan
#Roberto Mancini
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan