SADIO Mane faham jika musim 2019-20 dibatalkan susulan pandemik COVID-19 walaupun Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan.
The Reds kini hanya menanti masa untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mengutip 79 mata daripada 29 perlawanan sekali gus mengatasi Manchester City 25 mata.
Namun, Liga Perdana Inggeris - sama seperti saingan lain di Eropah - terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19.
Sehingga kini, masih belum ada pengumuman waktu untuk saingan dijalankan semula tatkala penangguhan kini berlanjutan sehingga Mei depan.
Bagaimanapun, Mane berpendapat jumlah 83,000 nyawa yang telah terkorban menjadi perkara utama selepas penularan pandemik itu.
"Saya tidak fikir seperti kami sudah bergelar juara. Saya cintakan bola sepak dan mahu menang di atas padang," katanya.
"Saya mahu memenangi perlawanan dan mendapatkan trofi. Itu perkara yang menggembirakan.
"Namun, dalam situasi ini, apa pun yang berlaku saya faham.
"Bagi saya, ia satu impian dan saya mahu memenanginya tahun ini.
"Jika tidak dapat, saya akan terima. Ia sebahagian daripada kehidupan. Diharapkan kami akan meraihnya tahun depan," katanya.
Beberapa pemain seperti pertahanan Manchester United, Luke Shaw, mencadangkan agar saingan di England dibatalkan jika musim tidak dapat disambung.
Namun, Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, berkata dia tidak melihat Liverpool tidak akan menjadi juara.
The Reds tidak pernah meraih kejuaraan liga sejak kempen 1989-90 selepas kewujudan Liga Perdana Inggeris.
Astro Arena
Thu Apr 09 2020
Mane berpendapat jumlah 83,000 nyawa yang telah terkorban menjadi perkara utama selepas penularan wabak itu. GAmbar fail/ AFP.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.