awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara ke final Piala Malaysia, Steinbruckner puji persembahan pemain TFC

Bernama
Bernama
04/11/2023
04:15 MYT
Mara ke final Piala Malaysia, Steinbruckner puji persembahan pemain TFC
Pengendali kelahiran Croatia itu berkata pemainnya telah memberi tentangan sengit kepada The City Boys dalam perlawanan separuh akhir kedua malam tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner memuji persembahan anak buahnya termasuk pemain muda yang berjaya membawa skuad itu ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini.
Pengendali kelahiran Croatia itu berkata pemainnya telah memberi tentangan sengit kepada The City Boys dalam perlawanan separuh akhir kedua malam tadi untuk mara ke perlawanan akhir selepas kali terakhir layak pada 2018.
Memuji aksi cemerlang Ivan Mamut menyumbangkan dua gol untuk TFC, beliau bagaimanapun berkata tanpa usaha keras semua pemain, segala perancangan dan taktikal akan menjadi sia-sia.
"Ivan seorang pemain yang baik namun kita ada ramai pemain bagus beraksi malam tadi. Ya, mungkin ia persembahan terbaik Ivan dan beliau membawa kami ke final, tapi kami satu pasukan.
"Semua pemain penting. Juga pemain muda seperti Ubai (Muhammad Ubaidillah Shamsul Fazili) dan Syahmi (Muhamad Syahmi Zamri) bermain sangat baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
TFC layak ke perlawanan akhir piala paling berprestij negara itu dengan agregat 4-2 selepas menewaskan KL City 2-1.
Skuad Penyu bakal berdepan juara bertahan dan juara Liga Super sembilan tahun berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 9 Dis depan.
Beliau berkata pihaknya akan membuat perancangan serta persiapan terbaik untuk pasukan dan juga penyokong skuad itu.
"Kami tahu kebolehan JDT dan kualiti mereka. Kami akan cuba bersedia (sebaik mungkin) dan bermain dengan baik dalam perlawanan itu," katanya yang mengharapkan sokongan peminat untuk terus memberikan semangat kepada pasukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Tomislav Steinbruckner
#final piala malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan