BEKAS bintang Chelsea, Mario Melchiot, telah memberi amaran bahawa Liga Perdana Inggeris (English Premier League) bakal menjadi liga satu pasukan yang akan 'menjejaskan' permainan bola sepak di England.
Manchester City benar-benar dominan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kendalian Pep Guardiola, memenangi empat daripada lima gelaran liga teratas terakhir.
Selepas permulaan yang kukuh untuk 2022-23 mereka sekali lagi boleh muncul sebagai yang terbaik, dengan penyerang baharu, Erling Haaland menjaringkan 14 gol yang luar biasa daripada lapan perlawanan pertama City.
Mereka kini berada di tangga kedua, tetapi hanya satu mata di belakang pendahulu Arsenal dan tidak tewas setelah menang enam dan seri dua kali.
Liverpool menjadi satu-satunya pasukan yang menghalang City dalam beberapa musim kebelakangan ini - memenangi kejuaraan 2019-20 - tetapi mereka telah mengalami permulaan yang mengecewakan untuk kempen 2022-23.
Kali terakhir Chelsea menjulang trofi itu pada 2016-17, gelaran terakhir Manchester United ialah pada 2012-13 dan anda perlu kembali ke 2003-04 untuk kali terakhir Arsenal menjadi juara England.
Ditanya mengenai penguasaan City, Melchiot memberitahu ESPN, "Ia akan menjejaskan permainan. Mengapa saya datang ke England dan bermain di sana begitu lama?
"Ini kerana saya berasakan ada lebih banyak peluang untuk pasukan lain untuk memenangi liga.
"[Jika satu pasukan] menang secara berterusan, aura beraksi di pentas EPL mungkin akan hilang.
"Kami tidak boleh melihat City dan menjadikannya masalah untuk mereka… [Mereka] telah membawa masuk Erling Haaland dan pemain itu tidak boleh berhenti menjaringkan gol.
"Mungkin City akan terus mendominas tetapi saya tidak mahu EPL menjadi perlumbaan satu pasukan." - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Oct 05 2022
Manchester City benar-benar dominan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kendalian Pep Guardiola. - Foto AP
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Mario Melchiot beri amaran EPL bakal hilang aura
Manchester City benar-benar dominan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kendalian Pep Guardiola.