awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marquez kembali sebagai pelumba terpantas sesi ujian pramusim di Sepang

Bernama
Bernama
03/02/2026
23:40 MYT
Marquez kembali sebagai pelumba terpantas sesi ujian pramusim di Sepang
Aksi pelumba Ducati Lenovo Team, Marc Marquez pada hari pertama Ujian Pra Musim MotoGP 2026 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, 3 Feb 2026. -- fotoBERNAMA
SEPANG: Juara dunia MotoGP Marc Marquez menghantar amaran jelas kepada pesaingnya musim ini selepas mencatatkan masa terpantas pada hari pertama ujian musim sejuk pramusim MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
Penunggang Ducati Lenovo Team itu, yang kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan tulang selangka di MotoGP Indonesia 2025, Oktober tahun lepas, mencatat 1 minit 57.018 saat (s) pada pusingan ke-18 daripada 23 pusingan sesi petang.
Sebelum itu, pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu menunjukkan perkembangan konsisten sepanjang hari, selepas menamatkan sesi pagi di tempat ke-11 dengan catatan 1:58.774s.
Tempat kedua terpantas dicatatkan oleh Fabio Di Giannantonio dari Pertamina Enduro VR46 Racing Team, yang mencatatkan masa peribadi terbaik 1:57.274s pada pusingan ke-20.
Sementara itu, wakil Red Bull KTM Tech3, Maverick Vinales muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1:57.295s pada pusingan kedua terakhirnya.
Selepas ujian, Marquez meluahkan rasa puas hati dengan keadaan fizikalnya dan menyifatkan prestasinya di SIC sebagai peningkat keyakinan selepas berehat panjang.
"Ada tiga bulan lagi sebelum Buriram (GP) Thailand), dan saya rasa baik. Saya rasa selesa untuk larian pendek. Saya cuba menjaga keadaan fizikal kerana saya tahu bila saya berada dalam keadaan baik, mampu melakukan kelajuan.
"Jika saya tidak berada dalam keadaan baik, kelajuan tidak akan ada. Ujian ini adalah latihan terbaik untuk Buriram dan selepas ini saya akan menganalisis kelemahan dan berlatih memperbaikinya dalam beberapa minggu akan datang," katanya kepada wartawan.
10 PELUMBA TERPANTAS HARI PERTAMA
  1. Marc Marquez (ESP) Ducati Lenovo - 1:57.018s
  2. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina Enduro VR46 Racing Team - 1:57.274s
  3. Maverick Vinales (ESP) Red Bull KTM Tech3 - 1:57.295s
  4. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing - 1:57.524s
  5. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol - 1:57.569s
  6. Joan Mir (ESP) Honda HRC Castrol - 1:57.693s
  7. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo - 1:57.720s
  8. Fabio Quartararo (FRA) Monster Energy Yamaha - 1:57.869s
  9. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina Enduro VR46 - 1:58.068s
  10. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR - 1:58.140s
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MotoGP Malaysia 2026
#Litar Antarabangsa Sepang
#MotoGP
#marc marquez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan