awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa depan e-sukan Malaysia amat cerah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/12/2025
22:30 MYT
Masa depan e-sukan Malaysia amat cerah - Ahmad Zahid
Pasukan Malaysia menjuarai pertandingan World Esport Championship Mobile Legend 2025 pada Majlis Perasmian Kejohanan Grand Final World Esports Championship (WEC) Mobile Legend 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan masa depan e-sukan Malaysia amat cerah selepas menyaksikan negara muncul juara Kejohanan Dunia IESF Mobile Legends: Bang Bang 2025, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, selain Malaysia menganjurkan kejohanan e-sukan bertaraf dunia, pasukan negara juga berulang kali muncul juara pada peringkat antarabangsa sekali gus mengangkat reputasi Malaysia sebagai hab e-sukan.
Ahmad Zahid berkata, industri e-sukan negara akan terus diperkukuh dengan sokongan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Beliau berkata, institusi TVET seperti GiatMARA dan Institut Kemahiran MARA (IKM) menyediakan latihan khusus dalam bidang itu, selain usaha Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menawarkan subjek pembangunan kandungan e-sukan.
"Masa depan e-sukan sangat cerah di Malaysia kerana kita tahu TVET akan terus mengadakan program khusus untuk e-sukan.
"... yang penting bukan hanya atlet yang terlibat (dalam e-sukan) tetapi ia harus dijadikan sebagai satu industri, iaitu industri kandungan (content) kepada e-sukan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan final antara pasukan Malaysia dan Kemboja.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.
Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan Kemboja 3-0.
Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi kejohanan itu pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Quill City Mall, di sini, malam tadi.
Pasukan Malaysia dibarisi oleh Hazziq 'Stormie' Rizwan, Idreen 'Momo' Jamal, Muhammad 'Yums' Suhairi, Muhammad 'Sekysss' Zaman dan Ealton 'loleal' Rayner.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-sukan
#masa depan e-sukan
#IESF Mobile Legends
#TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan