KUALA LUMPUR: Skuad petanque negara optimis mampu mengatasi rekod pencapaian dua pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur lima tahun lepas pada edisi ke-31 temasya sukan dwitahunan itu yang dijadual berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula 12 hingga 23 Mei ini.
Keyakinan itu disuarakan jurulatih kebangsaan Zani Lisa Mohamed berdasarkan sejumlah lapan acara dipertandingkan berbanding empat pada edisi 2019 di Filipina dan senarai atlet negara lain yang mengambil bahagian kali ini.
Beliau berkata ketiadaan sebarang kejohanan antarabangsa disertai pasukan negara tidak akan menggugat potensi barisan anak buahnya dalam mencipta kejayaan gemilang memandangkan kesemua pencabar utama turut membuat persediaan di peringkat domestik.
"Daripada dapatan dan pemantauan saya terhadap prestasi semasa, kita ada peluang untuk cipta sejarah baharu. Kalau sebelum ini pencapaian terbaik skuad petanque adalah menyumbangkan dua emas tetapi kali ini saya rasa mungkin lebih (pingat emas)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam.
Mengulas lanjut, Zani Lisa berkata peluang negara menyambar kilauan emas dilihat cerah dalam empat acara iaitu shooting lelaki, beregu lelaki dan wanita serta triples campuran.
Katanya ia disebabkan pencabar utama, Thailand tidak memberikan tumpuan kepada keempat-empat acara itu yang menyaksikan antara sasaran utama mereka adalah menaiki podium menerusi acara triples lelaki dan wanita.
Beliau berkata bagi acara shooting di Hanoi pula, pemain petanque lelaki negara Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi memiliki kelebihan untuk bergelar juara selepas jaguh acara itu dari Kemboja sah tidak akan beraksi.
Sementara itu, pengurus pasukan Mohd Lutfi Othman berkata skuad petanque negara ke Sukan SEA Hanoi yang dibarisi 17 atlet keseluruhan akan menyambung fasa persiapan di Arena Petanque di Taman Rekreasi Pudu Ulu, di sini selepas menjalani latihan di Terengganu dan Kuala Selangor baru-baru ini.
Pada edisi 2019 kem petanque negara menepati sasaran membawa pulang sebutir pingat emas menerusi acara triples lelaki selain turut meraih satu perak dan dua gangsa manakala pada edisi 2017 menyaksikan Malaysia merangkul dua emas, satu perak dan tiga gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Zani Lisa berkata peluang negara menyambar kilauan emas dilihat cerah dalam empat acara iaitu shooting lelaki, beregu lelaki dan wanita serta triples campuran. - Gambar fail/BERNAMA
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Masa tepat skuad petanque cipta sejarah gemilang - Jurulatih
Keyakinan itu berdasarkan sejumlah lapan acara dipertandingkan berbanding empat pada edisi 2019 di Filipina.