awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin cetus cemas, elak tersingkir awal

Astro Arena
Astro Arena
16/09/2025
09:05 MYT
Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin cetus cemas, elak tersingkir awal
Turun sebagai pilihan ketiga, wakil negara itu bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang set pertama sebelum tewas. - Stadium Astro
BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen Arena hari ini.

Ringkasan AI
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua Masters China selepas menewaskan beregu Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Rambitan, dalam aksi tiga set.
  • Beregu negara tewas set pertama 12-21 tetapi bangkit menang 21-11 di set kedua, sebelum menamatkan set penentuan 22-20 selepas hampir mensia-siakan enam mata akhir.
  • Perlawanan berlangsung selama 43 minit di Shenzhen Arena, dengan Sze Fei-Nur Izzuddin turun sebagai pilihan ketiga kejohanan.

Turun sebagai pilihan ketiga, wakil negara itu, bagaimanapun, bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang set pertama sebelum tewas mudah 12-21.
Bagaimanapun, aksi sebenar mula dipamerkan juara Terbuka India itu dalam set kedua, di mana mereka menguasai penuh permainan sebelum mengeheret aksi ke set ketiga dengan kemenangan 21-11. Iklan
Perlawanan berlangsung sengit pada awal set penentuan itu dengan kedua-dua gandingan saling berkejaran mata tetapi sebaik kedudukan terikat 9-9, Sze Fei dan Nur Izzuddin meraih mata demi mata untuk jauh mendahului 20-14.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila mensia-siakan enam mata akhir untuk membenarkan lawan mengikat kedudukan 20-20.
Mujur gandingan negara itu berupaya meraih dua mata terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Badminton Masters China
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#lepasi usingan pertama
#menewaskan gandingan Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan