JAKARTA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir Masters Indonesia 2024 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini akibat keracunan makanan.
Pemain nombor 10 dunia itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan permainan di set kedua bertemu wakil Kanada Brian Yang selepas tewas di set pertama 21-14 dalam tempoh 19 minit permainan.
Bekas juara All England itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya media mengenai punca beliau tidak meneruskan permainan.
Pihak pengurusan Zii Jia menerusi laman X menyatakan: "Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan kerana keadaan badannya semakin merosot akibat mengalami keracunan makanan sejak beberapa hari lepas.
"Zii Jia cuba menampilkan prestasi terbaiknya tetapi tidak dapat menyempurnakan perlawanan menentang Brian Yang," menurut Team LZJ.
Sementara itu, beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan China Liu Sheng Shu-Tan Ning selepas tewas 16-21, 9-21.
Nasib sama turut dialami beregu campuran dan pemenang pingat emas Terbuka Korea 2022, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tewas kepada wakil China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 18-21, 21-18, 21-13.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Bekas juara All England itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya media mengenai punca beliau tidak meneruskan permainan. - Gambar Bernama
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.
BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat
Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada BATC 2024 hari ini.
Masters Indonesia: Zii Jia tarik diri alami keracunan makanan
Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir Masters Indonesia 2024 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini akibat keracunan makanan.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Nadal tumpu usaha kembali ke gelanggang tenis - Bapa saudara
Rafael Nadal belum akan berhenti bermain tenis setakat ini jika beliau berjaya pulih dengan baik daripada kecederaan pinggul, kata bapa saudaranya, Toni Nadal.
PRU15: Segelintir pengundi di Padang Serai tidak tahu calon tarik diri
Beberapa pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15, Parlimen Padang Serai masih tidak mengetahui tentang dua calon kerusi itu yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan.
Izzue Islam buat kejutan umum keluar Forteen
Pengumuman Izzue ini menarik perhatian peminat-peminat Forteen.
Mufti Perlis gesa Harimau Malaysia tarik diri Piala AFF Suzuki 2016
Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia.
Lembaga Pengampunan: Hakim tarik diri daripada dengar kes Anwar
Asmabi Mohamad menarik diri daripada mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya.
Anwar mahu hakim tarik diri atas alasan wujud "bahaya berat sebelah"
Pihak pembelaan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri atas alasan wujud "bahaya berat sebelah" sekiranya Hakim Datuk Asmabi Mohamad mendengar permohonan Anwar bagi semakan kehakiman.