awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Jepun: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit atasi rintangan pertama

Astro Arena
Astro Arena
13/11/2024
04:30 MYT
Masters Jepun: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit atasi rintangan pertama
Aaron-Wooi Yik mengatur pertemuan dengan wakil Taiwan di pusingan seterusnya. - Foto Stadium Astro
MENTALITI Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus diuji apabila dikerah untuk bangkit sebelum mengesahkan tempat ke pusingan 16 Masters Jepun di Kumamoto, sebentar tadi.
Beregu lelaki dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, memberi tekanan awal kepada gandingan utama kebangsaan itu apabila mendahului set pertama kejohanan bertaraf super 500 terbabit sebelum merakamkan kemenangan 21-15.
Namun, Aaron-Wooi Yik tidak mudah melatah apabila menyusun permainan yang lebih kemas ketika berdepan finalis Terbuka Denmark yang menguasai ranking ke-20 jelajah dunia itu.
Walaupun melepaskan empat mata berturut-turut dan membenarkan lawan menghambat kedudukan 17-18, namun tiga mata berturut-turut membolehkan mereka merakamkan kemenangan 21-17.
Set penentuan menjadi lebih mudah buat Aaron-Wooi Yik -- yang sedang memburu slot ke Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou bulan depan -- dengan mencipta kejayaan 21-9, sekali gus mengatur pertemuan dengan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh/Wang Chi-Lin esok.
Mereka mengorak langkah ke peringkat seterusnya selepas menundukkan satu lagi gandingan Malaysia daripada peringkat kelayakan, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, dalam aksi dua set. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Badminton Masters Jepun
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#pusingan 16
#Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan