awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Jepun: Aaron-Wooi Yik terkandas, Nur Azriyn-Wee Kiong menyinar

Bernama
Bernama
14/11/2024
08:00 MYT
Masters Jepun: Aaron-Wooi Yik terkandas, Nur Azriyn-Wee Kiong menyinar
Keputusan itu menyaksikan harapan Aaron-Wooi Yik untuk beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou tipis. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Perjalanan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di kempen Kumamoto Masters Jepun 2024 terhenti pada pusingan kedua selepas ditewaskan gandingan Taiwan Chiu Hsiang-Chieh-Wang Chi-Lin hari ini.
Pada aksi di Gimnasium Wilayah Kumamoto menyaksikan Hsiang-Chieh-Chi-Lin berhasil menundukkan Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejohanan 21-11, 21-13 dalam masa 26 minit.
Keputusan itu menyaksikan harapan Aaron-Wooi Yik beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou tipis kerana pasangan itu perlu sekurang-kurang beraksi di separuh akhir Kumamoto Masters Jepun 2024 untuk mengumpul mata yang mencukupi.
Minggu lepas, gandingan di kedudukan keenam dunia itu menjuarai Korea Masters 2024 dengan menewaskan pasangan tuan rumah Jin Yong-Kim Won-ho 21-23, 21-19, 21-14.
Sementara itu, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong menyinar untuk menumpaskan rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi straight set 21-9, 23-21.
Menanti Azriyn-Wee Kiong di kedudukan ke-40 dunia di suku akhir esok ialah Hsiang-Chieh-Chi Lin.
Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain Jepun Koki Watanabe 21-10, 16-21, 21-13.
Jun Hao dijadual bertemu cabaran sukar Kodai Naraoka yang merupakan pilihan kedua kejohanan di suku akhir esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Badminton Masters Jepun
#tewas do tangan beregu Taiwan
#Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan