awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Kumamoto: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
12/11/2025
00:15 MYT
Masters Kumamoto: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Sze Fei-Nur Izzuddin (gambar) seterusnya dijadual berdepan pasangan tuan rumah sama ada Tori Aizawa-Daisuke Sano atau Keiichiro Matsui-Katsuki Tamate bagi memburu tiket ke suku akhir. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Masters Kumamoto di Jepun semalam.
Pasangan ranking keempat dunia itu tidak berdepan banyak masalah untuk menumpaskan gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju 21-17, 21-13 dalam masa hanya 30 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya dijadual berdepan pasangan tuan rumah sama ada Tori Aizawa-Daisuke Sano atau Keiichiro Matsui-Katsuki Tamate bagi memburu tiket ke suku akhir.
Sementara itu, beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting melakar kejutan selepas menumbangkan pilihan kelima kejohanan dari Taiwan, Sieh Pei Shan-Hung En Tzu, 22-20, 18-21, 21-10.
Xin Yee-Carmen dijadual bertemu pasangan Jepun, Riu Hirokami-Sayaka Hobara yang mara selepas menundukkan gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai 20-22, 21-15, 21-14.
Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia:
Tan Wee Kiong-Nur Azriyn Ayub mn Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng (TPE) 21-16, 21-14
Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King mn Chang Ko Chi-Po Li Wei (TPE) 21-19, 21-12
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mn Shibata Kazuki-Naoki Yamada (JPN) 21-19, 21-16
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh (TPE) 21-18, 21-18
Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita (JPN) mn Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-19, 21-18
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani
#Ong Xin Yee-Carmen Ting
#Masters Kumamoto
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan