awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank Cup Challenge 2025: Fakta menarik anda perlu tahu tentang perlawanan Man U malam ini!

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/05/2025
06:53 MYT
Maybank Cup Challenge 2025: Fakta menarik anda perlu tahu tentang perlawanan Man U malam ini!
Manchester United antara kelab dengan kumpulan penyokong terbesar di dunia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berbaki enam jam, debaran semakin dirasai menjelang perlawanan Manchester United menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu.
Ketibaan pemain-pemain The Red Devils di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines kod MH8477pada Isnin petang disambut meriah penyokong.
Perlawanan malam ini akan menjadi titik sejarah buat lebih kurang 70,000 peminat bola sepak untuk menyaksikan aksi pasukan gergasi Eropah itu buat julung-julung kali.
Berikut fakta yang anda perlu tahu sebelum sepak mula jam 9 malam ini.
1). Pasukan ASEAN All-Stars dianggotai 26 pemain, kebanyakannya wakil dari negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Filipina, Kemboja dan Indonesia.
2). Dari jumlah 26 pemain itu, empat pemain Malaysia turut terpilih menyertai ASEAN All-Stars iaitu Haziq Nadzli, Declan Lambert, Sergio Aguero, Azam Azmi dan Adib Raop.
3). Pengendali Manchester United, Ruben Amorim turut memberi bayangan akan memberikan peluang kepada pemain ASEAN All-Stars untuk menyarung jersi Manchester United sekiranya memiliki potensi.
4). Manchester United membawa skuad gred A bagi siri jelajah pramusim di Asia melibatkan Malaysia dan Hong Kong.
5). Pemain tonggak seperti Bruno Fernandes, Matthijs de Ligt dan Diogo Dalot turut ikut serta bermakna peminat dapat menyaksikan permainan The Red Devils yang sebenar.
6). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim di ibu negara pada Selasa. Secara berseloroh, Anwar turut menyatakan yang beliau masih berfikir hendak menyokong pasukan mana pada perlawanan bersejarah itu nanti.
7). Selain PM Anwar, beberapa pemimpian ASEAN dijangka menyaksikan perlawanan persahabatan ini, ia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dilangsungkan pada 26 dan 27 Mei.
8). Full house! Seramai 70,000 peminat bola sepak dijangka hadir menyaksikan perlawanan Manchester United dan ASEAN All-Stars, tiket hampir licin terjual, pastikan anda datang awal ke stadium.
9). The Red Devils mengadakan sesi latihan di Stadium Bukit Jalil pada Selasa, dengan liputan media membabitkan media tempatan dan antarabangsa.
10). Rapid KL turut memanjangkan operasi perkhidmatan LRT ke Stadium Bukit Jalil sehingga 12.30 tengah malam ini.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#ASEAN All-Stars
#Piala Cabaran Maybank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan