awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
Tiada arahan henti pembinaan menara telekomunikasi di Taman Jus Permai - Exco
Enam ikan paus mati terdampar di pantai terpencil New Zealand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Perlis tolak jawatan presiden PFA

Bernama
Bernama
11/06/2013
11:53 MYT
MB Perlis tolak jawatan presiden PFA
Menteri Besar Perlis Azlan Man hari ini menolak lamaran Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk menerajui persatuan yang sedang menghadapi kemelut kewangan itu.
Katanya PFA perlu dipimpin tokoh berpengalaman dan berkebolehan bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak dan mengakui bahawa beliau bukanlah tokoh yang berkelayakan untuk sukan itu.
"Kalau dilantik dan saya menerima (menjadi Presiden PFA), prestasi PFA akan terus malap kerana saya tiada pengalaman dan kebolehan," katanya ketika mengulas lamaran PFA itu di pejabatnya hari ini.
PFA kehilangan penerajunya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang kini menghadapi hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Februari lepas.
Shahidan dikenakan hukuman penggantungan itu dan denda RM39,000 oleh FAM Februari lepas setelah didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyalahi Artikel 88 FAM.
Berikutan hukuman itu, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri hilang status sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.
Pada 7 Jun lalu, Majlis PFA yang mengadakan mesyuarat khas memutuskan untuk melamar Azlan sebagai peneraju baharu PFA bagi menggantikan Shahidan dan mesyuarat agung PFA ke-13 yang dijadual 16 Jun ini akan mencalonkan nama menteri besar itu.
Azlan berkata walaupun menolak tawaran PFA namun beliau akan tetap memberi sokongan kepada persatuan itu bagi mengendalikan kegiatan pembangunan sukan berkenaan.
Ditanya sama ada kerajaan negeri boleh membantu kewangan PFA, menteri besar berkata kerajaan negeri tiada peruntukan besar untuk menyalurkan dana yang secukupnya untuk persatuan itu.
Bagaimanapun permohonan boleh dibuat kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan suntikan dana bagi menyelesaikan beberapa masalah termasuk gaji pemain yang tertunggak.
Beliau juga berharap PFA dapat mengumpul dana melalui pelbagai sumber bagi menampung kos operasinya yang dianggarkan RM220,000 sebulan termasuk bayaran gaji pemain dan pegawai.
Azlan berkata beliau tidak berniat untuk menghampakan PFA tetapi pada masa ini tanggungjawabnya lebih bertumpu kepada pentadbiran dan pengurusan negeri.
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#FAM
#Perlis
#PFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan