PERTAHANAN Perancis, Raphael Varane, menyifatkan Kylian Mbappe sebagai makhluk asing yang muda selepas penggempur Paris Saint-Germain (PSG) itu membantu Les Bleus menjuarai Piala Dunia 2018.
Mbappe memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik FIFA selepas persembahannya di Russia, di mana dia menjaringkan empat gol, termasuk satu jaringan ketika membenam Croatia 4-2 dalam final.
Apabila ditanya mengenai pengalaman beraksi bersama Mbappe, Varane yang merupakan benteng Real Madrid dan berdepan penyerang berusia 19 tahun itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu, berjenaka apabila mengatakan Mbappe hadir dari planet lain.
"Saya mengenali beberapa makhluk asing tetapi saya rasa ini kali pertama saya menemui yang muda," katanya.
"Kebiasaannya saya menemui mereka pada usia 25 atau 30 tahun. Ketika Piala Dunia, saya terjumpa makhluk asing berumur 20 tahun.
"Bersama Mbappe, segalanya menjadi pantas. Apabila saya bercakap tentang taktikal dengannya sebelum perlawanan, saya tidak sempat menamatkan perbualan tetapi dia sudah memahaminya dan melakukan apa yang saya katakan."
Selain dapat beraksi dan menikmati kehebatan Mbappe, Piala Dunia juga membolehkan Varane menggunakan peluang untuk membuktikan keupayaannya di pentas terbesar.
Pemain berusia 25 tahun itu yakin persembahannya ketika final telah membantunya melenyapkan kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini apabila mengatakannya terlalu baik.
"Sejak berusia tujuh tahun, mereka sering mengatakan saya terlalu baik tetapi saya bukan begitu.
"Anda tidak boleh memiliki karier yang saya lalui, kekal di Real Madrid selama tujuh musim tanpa sebarang perwatakan.
"Kadangkala, saya diminta beraksi seperti Sergio Ramos atau pemain lain, bermain lebih agresif dan sebagainya.
"Saya memiliki corak permainan," ujarnya.
Astro Arena
Thu Jul 19 2018
Kylian Mbappe bersama trofi Pemain Muda Terbaik FIFA yang dianugerahkan kepadanya selepas perlawanan final Piala Dunia antara Perancis dan Croatia di Stadium Luzhniki, Moscow, Rusia, 15 Julai, 2018. REUTERS
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.