awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe mudah bentuk gandingan bersama Messi

Astro Arena
Astro Arena
20/10/2021
03:15 MYT
Mbappe mudah bentuk gandingan bersama Messi
Mbappe (kiri) dan Messi ketika perlawanan UCL antara PSG dan RB Leipzig di stadium Parc des Princes, Paris, 19 Okt, 2021. (Foto AP)
PSG 3 LEIPZIG 2
Bermain di samping Lionel Messi adalah perkara mudah bagi Kylian Mbappe sambil menuntut Paris Saint-Germain (PSG) agar ke tahap yang lebih tinggi lagi selepas membenam RB Leipzig, awal pagi tadi.
Messi meledak dua gol untuk mengumpul 123 jaringan dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika kelab dari Perancis itu melengkapkan kemenangan 3-2 dalam pertemuan mendebarkan di Parc des Princes.
Walaupun masih buntu jaringan dalam Ligue 1, Messi kini mencetak tiga gol dalam kancah terunggul Eropah itu bersama kelab barunya untuk sebaris dengan Mauro Icardi dan Neymar selepas tiga perlawanan.
Dengan Neymar sekadar menjadi penonton ekoran kecederaan, Mbappe memainkan peranan penting dalam kedua-dua gol Messi itu -- yang pertama mencipta gerakan buat pemain berusia 34 tahun itu untuk mengembalikan kedudukan selepas Nordi Mukiele menjadikan keputusan 2-1 buat Leipzig, sebelum memenangi sepakan penalti yang menyaksikan ketua pasukan Argentina muncul wira pasukannya.
Mbappe terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan rancak itu menerusi sentuhan berbisa pada minit ke-9 untuk penglibatan gol ke-40 UCL sejak bergelar pemain PSG.
Pemain muda itu sudah mengumpul 28 gol UCL, terbanyak oleh mana-mana pemain sebelum mencecah umur 23 tahun sementara Messi mencapainya pada usia 25 tahun.
Bagaimanapun, tindakan Mbappe yang tampil ke depan untuk mengambil sepakan penalti di penghujung permainan yang melewati palang gol telah menafikan peluang rakan sepasukannya itu untuk melakar hatrik.
"Kami saling bergandingan malam ini, ia bagus," kata Mbappe kepada RMC Sport ketika ditanya mengenai Messi.
"Neymar akan kembali. Kami harus cemerlang bersama, kami bertiga. Kami perlu cekap. Tetapi adalah mudah untuk bermain dengan Messi."
Walaupun pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu kembali ke puncak Kumpulan A, dari sudut persembahan mereka masih belum meyakinkan berikutan Leipzig melancarkan 18 percubaan, lapan lebih banyak daripada tuan rumah.
Andre Silva membatalkan gol pembukaan gol Mbappe selain satu daripada percubaannya terkena palang, sementara bekas pemain tengah PSG, Christopher Nkunku, juga beberapa kali nyaris merobek gawang lawan.
Meskipun dia menikmati hubungannya yang semakin serasi dengan Messi, Mbappe menegaskan bahawa corak permainan sedemikian tidak seharusnya diteruskan.
"Dalam liga, kami mungkin lebih berkesan apabila meraih sembilan kemenangan dalam 10 perlawanan," katanya.
"Memang benar kami harus melakukan yang lebih baik lagi. Buat masa ini, kami tidak beraksi dengan baik tapi kami masih mampu menang.
"Tetapi saya fikir kami harus tampil dengan lebih baik dalam usaha menang dengan lebih tenang."
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#PSG
#Kylian Mbappe
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan