awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe pemain termuda rekod 300 gol

Sinar Harian
Sinar Harian
20/11/2023
04:05 MYT
Mbappe pemain termuda rekod 300 gol
Hatrik Mbappe di Nice menyaksikan dia menjadi pemain termuda yang merekodkan 300 gol dalam lima liga terbaik Eropah.
KAPTEN Perancis, Kylian Mbappe lebih berminat untuk memperkatakan mengenai pencapaian pasukan berbanding rekod peribadinya sendiri ketika pasukan kendalian Didier Deschamps itu menang 14-0 ke atas Gibraltar pada Ahad.
Hatrik Mbappe di Nice menyaksikan dia menjadi pemain termuda yang merekodkan 300 gol dalam lima liga terbaik Eropah dan perlawanan antarabangsa pada usia 24 tahun, 10 bulan dan 29 hari.
“Kami perlu menyerlahkan kemenangan kolektif.
“Terdapat ramai pemain dalam pasukan Perancis yang berbakat dan untuk mencipta rekod kemenangan besar ini adalah sesuatu yang istimewa.
“Pasukan yang terbaik adalah lebih berharga daripada pencapaian peribadi.
“300 gol yang dijaringkan dalam karier saya adalah pencapaian baharu bagi saya tetapi ia perkara tidak penting kerana pasukan mempamerkan prestasi luar biasa hari ini," katanya.
Lionel Messi menjaringkan gol ke-300nya pada usia 25 tahun, empat bulan dan tiga hari, tetapi Mbappe menegaskan dia masih jauh untuk mencapai apa yang telah dilakar oleh Messi dan Cristiano Ronaldo.
"Sesetengah pemain menjaringkan lebih banyak gol, ia tidak masuk akal!
"Ia satu langkah untuk saya dan saya mahu terus menjadi watak penting untuk pasukan kebangsaan dan kelab saya," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#pemain termuda yang merekodkan 300 gol
#kapten Perancis
#Lionel Messi
#Cristiano Ronaldo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan