awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA lantik bekas jurulatih juara Piala Dunia Whatmore sebagai Pengarah Kriket

Bernama
Bernama
03/06/2025
21:45 MYT
MCA lantik bekas jurulatih juara Piala Dunia Whatmore sebagai Pengarah Kriket
Menurut MCA, Dav Whatmore (dua, kiri) adalah individu yang berwibawa dan berpengalaman luas serta telah memainkan banyak peranan. - Foto Malaysian Cricket Association
KUALA LUMPUR: Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengambil langkah lebih drastik apabila melantik bekas jurulatih juara Piala Dunia Dav Whatmore sebagai Pengarah Kriket semalam.
MCA dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Whatmore adalah sebahagian daripada penstrukturan semula barisan kejurulatihan, dengan matlamat untuk melonjakkan kedudukan Malaysia dalam arena kriket antarabangsa.
"Dav Whatmore adalah individu yang berwibawa dan berpengalaman luas serta telah memainkan banyak peranan. Ketika menjadi ketua jurulatih, beliau berjaya membawa Sri Lanka menjuarai Piala Dunia ICC pada tahun 1996 dan mencatat pelbagai lagi kejayaan selepas itu.
"Pelantikan ini dijangka membolehkan Malaysia membina struktur kriket menyeluruh yang akan menghubungkan pembangunan akar umbi dengan prestasi bertaraf tinggi," menurut kenyataan itu.
Sebagai sebahagian daripada perubahan strategik itu, MCA turut mengumumkan pelantikan bekas pemain antarabangsa Pakistan Bilal Asad sebagai ketua jurulatih skuad lelaki kebangsaan.
MCA memaklumkan Bilal akan membimbing pasukan kebangsaan menghadapi beberapa kejohanan penting dalam tempoh 18 bulan akan datang, termasuk saingan kelayakan Piala Dunia T20 Lelaki ICC bagi rantau Asia Timur dan Pasifik di Oman dari 1 hingga 17 Oktober ini.
Kejohanan itu akan menampilkan sembilan pasukan, dengan tiga pasukan terbaik bakal melayakkan diri ke Piala Dunia T20 Lelaki ICC 2026 di India dan Sri Lanka pada Februari tahun depan.
Sementara itu, Presiden MCA Mahinda Vallipuram dalam kenyataan sama percaya penstrukturan semula barisan kejurulatihan itu mencerminkan iltizam persatuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah kuasa besar di pentas antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kriket
#Dav Whatmore
#bilal asad
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami