Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mencari seorang jurulatih yang mampu memikul tanggungjawab mengendali skuad Harimau Malaya bagi jangka masa panjang dan boleh menerima tawaran gaji yang diberikan oleh persatuan itu.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihak persatuan sangat teliti dalam memilih pengganti Datuk Ong Kim Swee untuk mengemudi skuad kebangsaan itu.
Menurut beliau untuk memilih jurulatih tidak semudah membeli buku, kerana sekiranya jurulatih itu tidak cukup baik dan perlu digantikan, ia akan memakan belanja yang lebih besar.
"Pada masa ini, begitu ramai yang bertanya di mana jurulatih kebangsaan. Anda perlu tahu, presiden yang ada sekarang ini (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) sedang menguruskan organisasi yang diambil dari pengurusan yang lama, di mana dana yang berbaki sedia ada hanya sedikit sahaja ditinggalkan.
Buat masa ini sudah ada satu calon dari Portugal dan ada lagi satu calon yang akan berjumpa dengan Tunku Ismail dalam beberapa hari lagi. Baginda juga tidak mahu bercakap banyak kerana perkara ini masih dirahsiakan...kita hanya boleh kongsikan dengan pihak media selepas perkara ini telah disahkan," katanya menerusi catatan terbaharu dalam Facebook rasmi FAM, hari ini.
Hamidin berkata tawaran kepada bakal pengendali skuad Harimau Malaya itu tidak begitu tinggi kerana masalah kewangan persatuan itu, malahan Tunku Ismail terpaksa menggunakan duit baginda sendiri untuk menambah bajet bagi melantik dan mendapatkan jurulatih yang lebih berkaliber.
"Oleh itu, bersabarlah. Janganlah cepat sangat melenting. Kita perlu mendapatkan jurulatih untuk persatuan yang tidak ada duit dan Tunku Presiden sendiri membantu dengan menggunakan duitnya sendiri. Jadi silalah faham dan tunjukkan sikap profesional sedikit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
HAMIDIN: Pihak persatuan sangat teliti dalam memilih pengganti Datuk Ong Kim Swee.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.