KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson, menegaskan tidak wajar untuk menyalahkan Loris Karius selepas penjaga gol itu menyerahkan kemenangan 3-1 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Kiev, Ukraine, awal pagi tadi.
Gareth Bale masuk sebagai pemain gantian untuk gol sepakan gunting pada minit ke-64 untuk meletakkan Madrid 2-1 di depan, namun jaringan kedua bintang Wales itu ketika perlawanan melewati tujuh minit separuh masa kedua dan gol pembukaan Karim Benzema pada awal babak kedua merupakan kesilapan Karius.
Benzema memintas bola yang cuba dilemparkan bekas penjaga utama Mainz itu sebelum rembat jarak jauh Bale gagal ditampan kemas untuk Liverpool merapati nasib mereka.
"Yang pertama, saya tidak pasti apa yang berlaku," kata Henderson kepada BT Sport. "Mengenai gol sepakan gunting itu, dia tidak boleh melakukan apa-apa dan bola jaringan ketiga pula bergerak tidak menang. Ia bukan mudah.
"Ia bukan berkenaan Karius atau kesilapan yang telah dilakukannya. Kami menang sebagai sebuah pasukan dan kami kalah sebagai sebuah pasukan.
"Ia bukan tentang seorang pemain sahaja, ia tentang semua orang dan kami hanya tidak bernasib baik."
Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane pada minit ke-55 dan penyerang Senegal itu hampir menjadikan kedudukan 2-1 apabila percubaannya menggegar tiang.
Liverpool mula tergugat sebaik Mohamed Salah ditimpa kecederaan pada minit ke-30 akibat kecederaan bahu yang boleh menjejaskan penyertaannya dalam Piala Dunia bersama Mesir .
"Sudah tentu mengecewakan, saya fikir kami melakukannya dengan baik untuk mendapatkan gol dan kembali mengimbangi kedudukan," kata Henderson.
"Namun, berlaku kesilapan dan Madrid merupakan pasukan mantap yang akan menghukum anda.
"Mereka adalah pasukan yang lebih baik pada malam ini tetapi pada 40 minit pertama, kami menguasai permainan dan mempunyai beberapa peluang.
"Ia mengecewakan tetapi anda perlu memberi pujian kepada Madrid.
"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama dalam kedudukan 0-0 (selepas Salah tercedera). Kami mengekalkan corak pantas, kami mendapat gol tetapi ada beberapa gol yang terhasil jika pada hari yang lain, tidak akan hilang masuk".
Astro Arena
Sun May 27 2018
Loris Karius. - Foto Astro ARENA
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.