Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan hasratnya mahu mengubah pemikiran peminat dan pihak yang terlibat dengan bola sepak seperti satu 'pertempuran'.
Menurutnya ini dapat dilihat dengan adanya peminat serta pihak tertentu yang mula merungut terhadap beberapa langkah pembaharuan yang cuba dilaksanakan bagi merubah senario bola sepak negara.
"Kejayaan bukanlah mustahil...mengubah pemikiran ini sebenarnya ibarat sebuah pertempuran. Suatu waktu dahulu semua mahukan sangat perubahan, hendak itu hendak ini.
"Sekarang perubahan telah dilakukan dan sudah tahu punca dan masalah dari dalaman. Tahu bagaimana kita hendak mengubah struktur, tahu bagaimana hendak dipertingkatkan dan pada masa sama pasukan lain juga perlulah bersikap profesional.
"Kalau beginilah keadaannya, kena sentiasa menjaga hati semua pihak, memang takkan ke manalah bola sepak Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tunku Ismail turut merujuk kepada pemilihan jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong yang ada antaranya mengatakan ia adalah untuk mensabotaj pasukan Kedah yang kini mempunyai prestasi baik dalam saingan Liga Malaysia.
Menurutnya, Cheng Hoe adalah jurulatih tempatan yang tersenarai sebagai jurulatih terbaik buat masa sekarang, sekali gus calon sesuai untuk membantu ketua jurulatih skuad Harimau Malaya nanti.
"Saya sudah menetapkan satu dasar di mana setiap jurulatih luar negara perlu dibantu jurulatih tempatan. Bukankah Tan Cheng Hoe sekarang adalah jurulatih tempatan yang bagus?
"Saya sedang melakukan yang terbaik untuk skuad kebangsaan tetapi penyokong semua bising kata 'jangan ambil dialah', 'pilih orang lainlah'.
"Bukankah untuk memilih yang terbaik bagi membimbing pasukan kebangsaan adalah keutamaan kita? Betulkah anda semua sayangkan pasukan kebangsaan? Dan betulkah anda semua inginkan perubahan? Apa yang anda semua nak sebenarnya?" katanya.
Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor itu juga meminta semua pasukan bersikap profesional untuk menerima perubahan yang akan dan telah dilakukan demi masa depan bola sepak.
Katanya, terdapat sesetengah pasukan tidak boleh diambil tindakan berikutan kesalahan yang dilakukan kerana atas dasar berkawan rapat dengan exco, dan kerana undi merekalah exco tersebut dapat jawatan tersebut.
"Kalau masih tidak boleh mengubah pemikiran, masih hendak jaga hati kawan, kena tindakan denda pun tak boleh walaupun telah melanggar syarat dan peraturan, jadi lupakan sahaja perubahan.
"Selama 30 tahun dahulu merungut kerana tak boleh hendak cakap apa-apa dan tak tahu perkembangan persatuan. Sekarang apabila dah tahu pun masih merungut," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
TMJ berkata, Cheng Hoe tersenarai sebagai jurulatih terbaik buat masa sekarang, sekali gus merupakan calon sesuai untuk membantu ketua jurulatih skuad Harimau Malaya nanti. Gambar fail
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.