BERLIN: Badan induk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis mengumumkan calon senarai pendek untuk "The Best" 2022, termasuk juara Piala Dunia Qatar Lionel Messi sebagai calon pilihan untuk memenangi anugerah kategori lelaki.
Messi berada dalam senarai 13 pemain lain bersama pemenang Ballon d'Or 2022 iaitu Karim Benzema, pemenang dua kali anugerah The Best iaitu Robert Lewandowski dan rakan sepasukan Paris Saint-Germain Kylian Mbappe, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Penjaring terbanyak Manchester City Erling Haaland, gandingan Brazil Neymar dan Vinicius Junior serta bintang Croatia, Luka Modric juga berada dalam senarai.
Sementara itu, pemain Argentina Lionel Scaloni, dicalonkan untuk anugerah jurulatih terbaik bersama naib juara Piala Dunia Qatar Didier Deschamps dari Perancis, pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti dan pengurus Manchester City Pep Guardiola.
Walid Regragui yang mengetuai Maghribi untuk kempen di Qatar turut dicalonkan. Di bawah seliaannya, mereka menjadi pasukan pertama Afrika mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Bagi kategori wanita, penyerang Barcelona Alexa Putellas berpeluang mengekalkan trofi 2021 namun menerima saingan sengit daripada pemenang Euro 2022, Keira Walsh dari England.
Calon lain ialah Ada Hegerberg dari Norway, penyerang Jerman Alexandra Popp dan Alex Morgan dari Amerika Syarikat.
FIFA akan mengumumkan tiga finalis dalam setiap kategori pada awal Februari dan majlis penganugerahan akan berlangsung pada 27 Februari. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Messi berada dalam senarai 13 pemain lain bersama pemenang Ballon d'Or 2022 iaitu Karim Benzema, pemenang dua kali anugerah The Best iaitu Robert Lewandowski dan rakan sepasukan Paris Saint-Germain Kylian Mbappe. - Gambar AP

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023) [INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016231/8967789641680091877905_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)

MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
MMA tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.

Isu kerakyatan: Kerajaan tidak akan kompromi, tergesa-gesa capai KPI - Saifuddin
Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.

Kertas Kabinet NIISe akan dibentang April ini - Saifuddin
Kertas Kabinet berhubung Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan dibentangkan pada April ini, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Isu kerakyatan: Kerajaan tidak akan kompromi, tergesa-gesa capai KPI - Saifuddin
Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.

Kompleks perumahan sukan di Ezeiza kini dikenali sebagai Lionel Andres Messi
Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengumumkan bahawa nama bintang bola sepak Lionel Messi akan diabadikan pada Kompleks Perumahan Sukan di Ezeiza.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Lionel Messi ilham kemenangan Argentina dengan gol ke-800 karier
Lionel Messi mencapai tahap terbaru dalam kariernya yang penuh gemilang dengan melakar gol ke-800 menerusi sepakan percuma yang menakjubkan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Argentina ke atas Panama.

Ligue 1: Rennes cipta kejutan atasi PSG
Paris Saint-Germain tewas 2-0 menentang Rennes dalam aksi Ligue 1, Perancis.

Ligue 1: Galtier tidak ragu komitmen Messi di PSG
Christophe Galtier tidak memiliki sebarang keraguan mengenai komitmen Lionel Messi bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ugutan kepada Messi selepas perniagaan keluarga diserang
Mesej ancaman tulisan tangan kepada kapten Argentina itu ditinggalkan di pintu kedai berkenaan.

Messi hadiah iPhone emas buat rakan Argentina
Lionel Messi melakukan kelainan apabila menghadiahkan 35 unit iPhone emas buat staf dan para pemain skuad negara itu yang memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

Messi dinobat anugerah Pemain Terbaik FIFA buat kali kedua
Messi mengetepikan persaingan daripada rakan kelab, Kylian Mbappe dan Karim Benzema dari Real Madrid untuk memungut anugerah itu.

Di Maria terkejut PSG berikan Mbappe 'segala kuasa' berbanding Messi
Angel Di Maria mendedahkan kejutannya terhadap keputusan bekas kelab PSG yang seolah-olah mengabaikan Lionel Messi dan memberikan Kylian Mbappe 'segala kuasa'.

Gempa Bumi Turkiye: Lionel Messi ajak pengikut Instagramnya bantu mangsa terutama kanak-kanak
Messi sebelum ini mendermakan jersi Paris Saint-Germain yang ditandatanganinya.