awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi harap Di Maria ledak gol sebelum bersara

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2024
06:45 MYT
Messi harap Di Maria ledak gol sebelum bersara
Di Maria telah menjaringkan 31 gol dalam 144 penampilan untuk Argentina, setelah bermain dalam enam Copa America dan empat Piala Dunia. - Gambar/ Stadium Astro
KAPTEN Argentina, Lionel Messi berharap Angel Di Maria menamatkan karier antarabangsanya dengan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Copa America menentang Colombia pada Isnin.
Di Maria, 36, mengumumkan rancangannya untuk bersara daripada pentas antarabangsa selepas mewakili negaranya selama 15 tahun.
Messi mahu Di Maria mencatatkan namanya dalam senarai penjaring seperti ketika dilakukannya menentang Brazil untuk merangkul kejuaraan benua pada 2021 dan menentang Perancis ketika mereka menang perlawanan akhir Piala Dunia 2022.
"Siapa tahu, mungkin dia akan menjaringkan satu lagi gol dalam perlawanan akhir seperti yang dia lakukan dalam semua perlawanan akhir dilaluinya. Ia akan menjadi luar biasa.
"Kami sentiasa memberitahunya bahawa jika semuanya berjalan lancar, kami mempunyai perlawanan playoff yang akan datang. Namun begitu, 'Fideo' (Di Maria) telah membuat keputusan dan tiada apa yang boleh mengubahnya," katanya.
Di Maria telah menjaringkan 31 gol dalam 144 penampilan untuk Argentina, setelah bermain dalam enam Copa America dan empat Piala Dunia.
Dia juga menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 1-0 Argentina ke atas Nigeria untuk memenangi emas Olimpik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Di Maria
#Argentina
#bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan