awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia

Bernama
Bernama
03/10/2024
04:01 MYT
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Messi sebelum ini terlepas aksi kelayakan pada September menentang Chile dan Colombia akibat kecederaan buku lali. - Foto Stadium Astro
BUENOS AIRES: Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia, lapor Xinhua memetik kenyataan persatuan bola sepak negara Amerika Selatan itu pada Rabu.
Messi, 37, terlepas aksi kelayakan Albiceleste pada September menentang Chile dan Colombia akibat kecederaan buku lali, namun kini kembali beraksi bersama kelabnya, Inter Miami.
Argentina akan berdepan Venezuela di tempat lawan pada 10 Okt dan bertemu Bolivia di Buenos Aires lima hari kemudian.
Juara bertahan Piala Dunia dan Copa America itu kini mendahului kumpulan 10 pasukan Amerika Selatan dengan 18 mata daripada lapan perlawanan.
Enam pasukan teratas layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada manakala pasukan yang menduduki tempat ketujuh akan mara ke perlawanan playoff antara benua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#kelayakan Piala Dunia
#Argentina
#kecderaan buku lali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan