awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi penyelamat kaki judi dan taruhan satu juta dolar

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2014
03:57 MYT
Messi penyelamat kaki judi dan taruhan satu juta dolar
Messi berjaya menyudahkan gol dari luar kotak penalti pada masa kecederaan memberikan kemenangan 1-0.
Jaringan gol kemenangan Argentina yang dijaringkan Lionel Messi di Piala Dunia menentang Iran telah menyelamatkan seorang kaki judi dan taruhannya sebanyak RM1 juta.
Messi yang telah berjaya menyudahkan gol dari luar kotak penalti pada masa kecederaan memberikan kemenangan 1-0 dan secara tidak langsung layak ke pusingan seterusnya.
Jaringan kedua Messi dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil telah memberikan nafas lega kepada penyokong di stadium Belo Horizonte yang mengimpikan kemenangan buat kali ketiga Piala Dunia untuk Argentina, tetapi seorang penjudi yang berada di Las Vegas mempunyai hasrat yang berbeza.
Kaki judi yang namanya tidak didedahkan telah membuat taruhan bernilai RM1 juta untuk kemenangan buat Argentina ke atas Iran hampir kehilangan sejumlah wang pertaruhan di William Hill Las Vegas Casino.
Skuad kendalian Carlos Queiroz hanya tinggal beberapa minit sahaja untuk membuatkan penjudi itu berputih mata, apabila berjaya mengekang serangan Argentina sehingga minit ke 90.
Usaha pemain terbaik dunia empat kali berturut-turut itu berjaya menghasilkan gol pada minit pertama masa tambahan berjaya membantu penjudi itu membawa pulang habuannya. -- Astro Arena
Topic Berkaitan
#Argentina
#Astro Arena
#barcelona
#Lionel Messi
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan