awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MFL kemuka SOP kehadiran penyokong ke stadium

Bernama
Bernama
03/09/2021
15:02 MYT
MFL kemuka SOP kehadiran penyokong ke stadium
MFL dalam kenyataan di Facebook menyebut permohonan itu diserahkan presidennya Datuk Ab Ghani Hassan ketika kunjung hormat ke atas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Putrajaya. - Foto FB/Malaysian Football League
KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini menyerahkan permohonan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Liga Malaysia 2021 termasuk kebenaran untuk kemasukan semula penyokong yang telah lengkap vaksinasi.
MFL dalam kenyataan di Facebook menyebut permohonan itu diserahkan presidennya Datuk Ab Ghani Hassan ketika kunjung hormat ke atas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Putrajaya.
Menurut kenyataan itu, Khairy juga diberikan penjelasan mengenai perkembangan Liga Malaysia 2021 yang sudah bermula sejak 5 Mac lalu menerusi SOP ketat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Ab Ghani mengucapkan tahniah atas pelantikan Khairy selaku Menteri Kesihatan baharu serta berterima kasih dengan kesudian beliau meluangkan masa mengadakan perbincangan mengenai perkembangan bola sepak tanah air yang terkesan akibat pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MFL
#SOP
#stadium
#Ab Ghani Hassan
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan