awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michael Rasmussen mengaku ambil bahan terlarang

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2013
01:27 MYT
Michael Rasmussen mengaku ambil bahan terlarang
Belum reda isu penggunaan bahan terlarang oleh pelumba basikal, Lance Armstrong, sukan basikal dunia dikejutkan lagi dengan satu kes yang sama. Kali ini pula melibatkan pelumba Denmark, Michael Rasmussen.
Menurut Rasmussen, beliau mengaku telah menggunakan bahan terlarang lebih daripada sedekad bagi mempertingkatkan prestasinya.
Antara bahan terlarang yang pernah diambilnya termasuk testoterone, hormon pertumbuhan dan pemindahan darah dari 1998 hingga 2010.
Ekoran itu, Rasmussen memaklumkan, beliau akan bersara dari sukan tersebut serta-merta dan memberikan kerjasama dengan agensi anti-doping.
Pegawai anti-doping Denmark kini akan memohon agar Rasmussen digantung selama dua tahun.
Rasmussen merupakan pendahulu keseluruhan pada Tour de France 2007 sehingga beliau dibatalkan penyertaannya kerana menipu mengenai kedudukannya apabila dia sepatutnya menghadiri ujian doping pra perlumbaan.
Topic Berkaitan
#bahan terlarang
#Lance Armstrong
#Michael Rasmussen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan