ALEKSANDAR Mitrovic dan Marco Silva mengeluarkan satu permohonan maaf selepas dilayangkan kad merah ketika Fulham tewas kepada Manchester Unitex dalam saingan Piala FA awal bulan ini.
Pemain dan pengurus itu dilayangkan kad merah oleh pengadil, Chris Kavanagh, sewaktu The Cottagers tewas 1-3 dalam perlawanan suku akhir di Old Trafford.
Selapas semakan video bantuan pengadil terhadap insiden bola terkena tangan Willian, yang turut dibuang padang, pengadil itu kemudian mengarahkan Silva untuk meninggalkan padang sebelum melayangkan kad merah kepada Mitrovic kerana menolaknya, sekali gus menyaksikan Fulham terpaksa beraksi dengan sembilan pemain dan tanpa pengurus.
Bruno Fernandes kemudian menjaringkan sepakan penalti itu sebelum Fulham tewas selepas mendahului 1-0.
Pemain dan pengurus itu turut mendedahkan bahawa mereka telah melakukan permohonan maaf kepada Kavanagh dan bersedia untuk menerima sebarang hukuman disebabkan kelakuan mereka.
"Saya telah mewakili pasukan kebangsaan saya dan mempunyai masa untuk memikirkan mengenai perlawanan menentang Manchester United," kata Mitrovic dalam laman web rasmi pasukan itu.
"Seperti yang semua orang tahu, ia satu perlawanan yang beremosi, di mana pasukan kita telah memberikan segala-galanya di atas padang dan mencuba untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia.
"Secara peribadi, saya kesal dengan tindakan yang saya lakukan sehingga dibuang padang. Saya membiarkan kekecewaan mengawal diri saya dan reaksi yang saya tunjukkan adalah satu kesilapan.
"Saya menerima penggantungan tiga perlawanan kerana kad merah ini. Saya sudah bercakap dengan Chris Kavanagh untuk memohon maaf dan saya secara sukarela akan menerima denda yang akan dikenakan kelab ini.
"Saya mahu melakukan apa yang saya boleh lakukan untuk bertanggungjawab terhadap insiden ini dan membantu rakan sepasukan saya di atas padang secepat mungkin," katanya.
Pengurus pasukan, Silva, pula menambah: "Emosi kami amat tegang di Old Traffrod dan seperti yang saya katakan dalam sidang media selepas perlawanan itu, saya sepatutnya mengawal emosi saya dengan lebih baik.
"Ia momen yang amat sukar dalam bola sepak, dalam perlawanan yang kami mendominasi tetapi saya sepatutnya menangani situasi itu dengan lebih baik.
"Saya menyesal dengan apa yang berlaku dan sudah bercakap dengan Chris Kavanagh untuk memohon maaf."
Fulham selepas ini akan bertandang ke laman Bournemouth bagi meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini. - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Mar 30 2023
Pengadil Chris Kavanagh ketika melayangkan kad merah kepada pemain Fulham Aleksandar Mitrovic, William dan pengurus Marco Silva ketika perlawanan suku akhir FA Cup antara Manchester United dan Fulham di Old Trafford. - Foto AP
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Era baharu Mitrovic di Al-Hilal
Mitrovic tidak bermain dalam perlawanan derbi London Barat selepas mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan musim hujung minggu lalu.
Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil
Mitrovic menolak Kavanagh selepas pegawai perlawanan itu melayangkan kad merah kepada rakan sepasukannya Willian, bulan lalu.
Mitrovic, Silva mohon maaf dilayangkan kad merah dalam aksi Fulham-Man United
Pemain dan pengurus itu turut mendedahkan bahawa mereka telah melakukan permohonan maaf kepada Kavanagh.
Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Mitrovic paksa Ronaldo, Portugal ke aksi play-off
Mitrovic melengkapkan kebangkitan penuh dramatik pada minit ke-90 apabila menanduk masuk hantaran silang Tadic.
Soucek kesal pengadil Mike Dean diugut bunuh
Dean mengarahkan Soucek meninggalkan padang pada masa kecederaan ketika Hammers seri 0-0 dengan Fulham, Sabtu lalu.