awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Bekas juara UFC Eddie Alvarez sertai ONE Championship

Haider Yutim
Haider Yutim
17/10/2018
05:05 MYT
MMA: Bekas juara UFC Eddie Alvarez sertai ONE Championship
Alvarez, 34 tahun, membuat penampilan sulungnya dalam sukan MMA pada Disember 2003. - Foto Instagram/@ealvarezfight
Bekas juara lightweight UFC, Eddie Alvarez diumumkan telah menyertai promosi seni bela diri campuran (MMA) terbesar Asia, ONE Championship.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong pada Selasa.
"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa juara dunia berganda, Eddie Alvarez akan menyertai ONE Championship. Eddie adalah salah seorang pengamal seni bela diri yang terbaik di dunia, dan tidak syak lagi satu tambahan hebat untuk ONE.
"Tidak dapat dinafikan, ini antara kontrak penyertaan atlet terbesar dalam sejarah ONE Championship," katanya.
Dalam pada itu, Sityodtong turut berkongsi sebuah video reaksi oleh Alvarez yang begitu teruja dengan penyertaannya ke ONE Championship.
"Masanya telah tiba. Saya tahu anda telah mendengar khabar angin, dan ia benar. Kami dapat kontrak rasmi kami dari ONE Championship, dan kami sudah menandatanganinya," kata petarung dari Amerika Syarikat itu.
Alvarez, 34 tahun, membuat penampilan sulungnya dalam sukan MMA pada Disember 2003, dan sejak itu dia menjadi antara petarung paling berjaya dan diminati ramai.
Dia bergiat dalam pelbagai promosi MMA sebelum menyertai Bellator MMA pada 2009.
Selepas memenangi tiga gelaran welterweight, petarung yang bergelar 'The Underground King' itu kemudiannya menurunkan beratnya kepada kategori lightweight.
Dia memenangi kejuaraan lightweight UFC pada Julai 2016 di UFC Fight Night 90 selepas menewaskan petarung Brazil, Rafael dos Anjos.
Alvarez kemudiannya bertemu pula dengan bintang MMA dari Ireland, Conor McGregor pada November 2016.
Namun, dia gagal mempertahankan kejuaraannya apabila dia kalah dengan McGregor menerusi pukulan 'technical knockout' (TKO) pada pusingan kedua.
Topic Berkaitan
#bekas juara UFC
#Bellator
#Eddie Alvarez
#MMA
#seni bela diri campuran
#UFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan