awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Saiful Merican kembali beraksi di pentas ONE Championship

Haider Yutim
Haider Yutim
09/02/2017
07:45 MYT
MMA: Saiful Merican kembali beraksi di pentas ONE Championship
Meskipun lebih bersemangat di tempat sendiri, Saiful, 28, tidak menafikan timbulnya tekanan untuk menang apabila berhadapan dengan penyokong tempatan. - Foto Instagram / @saifulmerican
Selepas setahun berehat, atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) negara, Saiful Merican kini kembali semula ke pentas ONE Championship bagi menghadapi lawannya dari Filipina, Burn Soriano.
Kejohanan peringkat antarabangsa itu bakal berlangsung pada Jumaat ini (10 Feb) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Ia turut menampilkan lima lagi jaguh MMA Malaysia iaitu Ev Ting, Ann Osman, Keanu Subba, Agilan Thani dan Muhammad Aiman.
"(Untuk pertarungan kali ini) Saya menjalani latihan selama tiga bulan bermula dari tahun lepas. Semasa mendapat tawaran untuk berlawan, saya fikir sudah tiba masa untuk kembali menyertai kejohanan," katanya dalam satu temubual di #AWANIpagi, baru-baru ini.
Meskipun lebih bersemangat di tempat sendiri, Saiful, 28, tidak menafikan timbulnya tekanan untuk menang apabila berhadapan dengan penyokong tempatan.
"Tetapi InsyaAllah, selagi kita yakin, kita bekerja keras dan kita fokus... kita boleh hindari dari kekalahan itu," kata peninju yang mahir dalam Muay Thai itu.
Dari segi persediaan pula, Saiful merasakan persediaannya untuk kali ini adalah mencukupi.
"Persediaan itu cukup dan saya yakin dengan strategi yang dirancang. Jadi saya berharap dapat membawa kemenangan untuk pasukan dan untuk Malaysia," tambahnya.
'Fight card' untuk kejohanan ONE: Throne of Tigers. - Foto ONE Championship
'Fight card' untuk kejohanan ONE: Throne of Tigers. - Foto ONE Championship
Topic Berkaitan
##AWANIpagi
#Ann Osman
#Ev Ting
#MMA
#ONE Championship
#Saiful Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan