awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mo Salah lanjut khidmat di Anfield tanpa klausa pelepasan

Israr Khalid
Israr Khalid
03/07/2018
02:52 MYT
Mo Salah lanjut khidmat di Anfield tanpa klausa pelepasan
Mo Salah menyifatkan Anfield sebagai 'rumah'nya, akan kekal sehingga 2023. - Gambar fail
‘Raja Mesir’, Mohamed Salah mengesahkan cintanya kepada Liverpool apabila menandatangani lanjutan kontrak bersama kelab tersebut untuk lagi lima tahun tanpa klausa pelepasan.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang kembali bertugas pada Isnin untuk persiapan pra-musim percaya persetujuan kontrak itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan Mo Salah kepada kelab Merseyside itu.
“Ia menunjukkan dua perkara yang begitu jelas, kepercayaan beliau terhadap Liverpool dan kepercayaan kami terhadapnya.
“Kami mahu pemain berkelas dunia melihat Anfield sebagai rumah mereka di mana mereka dapat menunaikan segala impian dan cita-cita profesional - kami berusaha keras bersama untuk menrealisasikannya.
Kata Klopp, kejayaan dicapai Salah sepanjang musim lepas mencerminkan Liverpool secara keseluruhannya sebagai sebuah kelab yang hebat dan mahu melakar lebih banyak kejayaan pada masa mendatang.
.@MoSalah has a message for all you Reds...https://t.co/EmC7lbLdBK pic.twitter.com/FBKfXfWe6G
— Liverpool FC (@LFC) July 2, 2018
“Apa yang terbaik tentang Mo adalah beliau tidak pernah merasakan dirinya lebih penting daripada pasukan atau sesiapa pun di dalamnya.
“Beliau menyedari yang rakan sepasukan dan kelablah yang membantunya mencapai kejayaan individu musim lepas. Beliau melihat anugerah individu hadir kerana dirinya sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar dan itu sangat istimewa,” kata pengendali kelahiran Jerman itu.
Mo Salah tiba dari Roma 12 bulan yang lepas pantas melakar rekod 44 gol dalam hanya 52 penampilan dalam kempen pertamanya sekembali ke England.
Selepas dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain PFA dan Pemain Terbaik Pilihan Persatuan Penulis Bola Sepak, penyerang itu mewakili negaranya di pentas Piala Dunia, yang berakhir di peringkat kumpulan.
Dengan kontrak tanpa klausa, Salah tidak boleh dibeli oleh mana-mana kelab sehingga kontraknya tamat dan sememangnya ini menggembirakan The Kop, ketika Real Madrid dikatakan sedang mengintai pemain sensasi yang menjadi antara terbaik di dunia ketika ini.
Topic Berkaitan
#Anfield
#bola sepak
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#MO SALAH
#Mohamed Salah
#The Kop
#The Reds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan