Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang hampir pasti dipilih sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu, bertekad untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan badminton negara di pentas antarabangsa.
Beliau menyifatkan keputusan sebulat suara Ahli Majlis BAM yang menyokong penuh usul supaya beliau dilantik sebagai presiden baharu badan induk itu, menjelang mesyuarat agung tahunan BAM pada 29 April ini, menyerlahkan lagi semangat kekeluargaan yang sedia terjalin dalam BAM.
Mohamad Norza turut terharu dengan sokongan diberikan semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; isteri perdana menteri dan juga Penaung BAM Datin Seri Rosmah Mansor; selain pencabarnya, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid yang sanggup memberi laluan kepadanya untuk menerajui BAM.
"Bagi saya, ini adalah satu tanggungjawab yang sangat besar... beban dan tanggungjawab ini akan saya pikul dan kepercayaan yang diberi akan saya ambil dengan sebaik mungkin sebagaimana yang dikatakan oleh penaung BAM yang ingin melihat badminton kita berada di peringkat yang tertinggi," katanya.
Mohamad Norza berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri pertemuan tertutup bersama Ahli Majlis BAM di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini pada Khamis.
Mohamed Al-Amin juga turut berterima kasih kepada Khairy dan Rosmah yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut di antara beliau dan Mohamad Norza bagi jawatan utama BAM itu.
Beliau menegaskan keputusan sebulat suara dicapai Ahli Majlis BAM membuktikan semangat kerjasama masih kekal utuh dalam badan induk berkenaan.
"Saya lihat Datuk Seri Mohamad Norza ini seorang pemimpin muda, lebih bertenaga dari pada saya dan saya lihat beliau mempunyai kemampuan (untuk memimpin) BAM selain mempunyai semangat untuk memastikan badminton negara dapat sama-sama dipertingkatkan lagi ( ke tahap yang lebih baik)," tegas Mohamed Al-Amin. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Mohamad Norza bersalaman dengan Mohamed Al Amin (kanan) selepas sidang media pengumuman jawatan baharu itu di Seri Perdana, Putrajaya, 20 April, 2017. --fotoBERNAMA
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.