awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Salah masih boleh tinggalkan Liverpool selepas jendela perpindahan ditutup

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2023
06:59 MYT
Mohamed Salah masih boleh tinggalkan Liverpool selepas jendela perpindahan ditutup
Jurgen Klopp sebelum ini menegaskan bahawa tidak ada peluang untuk Salah meninggalkan musim panas ini.- Stadium Astro
LIVERPOOL mungkin berdepan tempoh yang membimbangkan walaupun Mohamed Salah kekal di kelab itu meskipun jendela perpindahan bakal tamat dalam masa beberapa hari lagi.
Liverpool ketika ini masih lagi mengharungi badai khabar angin mengenai kemungkinan penghijrahan Mohamed Salah selepas penutupan jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris minggu ini.
Kelab Arab Saudi, Al-Ittihad nampaknya meningkatkan usaha mereka untuk menandatangani pemain kebangsaan Mesir itu dengan menjanjikan ganjaran lumayan buat pemain tersebut.
Salah bakal ditawarkan gaji yang sama seperti yang diperoleh Cristiano Ronaldo di Al-Nassr dan Liverpool juga akan diberi pampasan kerana kehilangan salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia, Salah dengan tawaran yang dilaporkan bernilai lebih 100 juta pound.
Bagaimanapun, Jurgen Klopp menegaskan bahawa tidak ada peluang untuk Salah meninggalkan musim panas ini. Walaupun Liverpool tidak mahu kehilangan penyerang bintang mereka pada bila-bila masa, hakikat minat Al-Ittihad telah datang terlalu lewat di jendela membuat hampir mustahil bagi The Reds untuk mencari pengganti.
Liverpool hanya mempunyai masa sehingga 1 September untuk membawa masuk mana-mana pemain baharu sebelum jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris yang bakal ditutup. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#tempoh perpindahan
#Liga Perdana Inggeris
#Al-Ittihad
#kelab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan