awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohammed Iqbal Ali letak jawatan Presiden Persatuan Kriket Malaysia

Bernama
Bernama
13/04/2025
09:36 MYT
Mohammed Iqbal Ali letak jawatan Presiden Persatuan Kriket Malaysia
Mohommed berkata kriket adalah sukan yang berteraskan integriti, semangat kesukanan dan peraturan yang dihormati oleh jutaan pemain di seluruh dunia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA) Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali mengumumkan peletakan jawatan yang disandangnya sejak 2021, berkuat kuasa hari ini.
Bekas kapten pasukan kriket kebangsaan itu dalam kenyataan turut mengimbau pencapaian persatuan itu di bawah kepimpinan beliau.
"Kriket adalah sukan yang berteraskan integriti, semangat kesukanan dan peraturan yang dihormati oleh jutaan pemain di seluruh dunia.
"Dengan meletak jawatan hari ini, saya mempertahankan integriti saya. Kecintaan saya terhadap sukan ini tidak akan luntur, begitu juga dengan tekad saya untuk melihat bendera negara kita berkibar di persada antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohammed Iqbal Ali turut menyifatkan Jawatankuasa Eksekutif MCA di bawah kepimpinan beliau sebagai paling berjaya dalam sejarah kriket Malaysia atas pencapaian besar termasuk meletakkan pasukan lelaki dan wanita negara di kedudukan ke-24 dalam ranking dunia.
"Tahun ini, MCA merekodkan hasil lebih RM17 juta... ketika saya mengambil alih, hanya RM4 juta setahun," katanya.
Mohammed Iqbal Ali turut menyifatkan keadaan semasa sebagai satu 'rampasan kuasa' dan menyeru pihak yang terlibat untuk menilai semula tindakan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Persatuan Kriket Malaysia
#Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali
#letak jawatan
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan