awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Sazili dilantik Presiden UiTM FC berkuat kuasa serta-merta

Bernama
Bernama
28/07/2021
14:32 MYT
Mohd Sazili dilantik Presiden UiTM FC berkuat kuasa serta-merta
Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi hari ini dilantik sebagai Presiden UiTM FC yang baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Profesor Dr Azizan Abdullah. - Foto UiTM
SHAH ALAM: Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi hari ini dilantik sebagai Presiden UiTM FC yang baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Profesor Dr Azizan Abdullah.
UiTM FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah UiTM FC dan Mohd Sazili merupakan presiden yang ketiga sejak kelab tersebut ditubuhkan pada 2008.
Kenyataan itu menyebut Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yakin Mohd Sazili mampu menggalas amanah sebagai Presiden UiTM FC dengan cemerlang berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
UiTM FC berkata dalam ucapan pertama beliau kepada Ahli Lembaga Pengarah, Mohd Sazili menyarankan agar mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan UiTM FC terus mampu bersaing di persada bola sepak negara.
Menurut kenyataan itu, Mohd Sazili berkata pencapaian baik yang ditinggalkan oleh dua bekas presiden akan menjadi daya pendorong untuk beliau meneruskan kesinambungan kecemerlangan tersebut.
Katanya UiTM FC dilahirkan melalui inisiatif pusat kecemerlangan sukan institut pengajian tinggi (IPT) dalam teras utama Dasar Pembangunan Sukan IPT dan beliau akan memastikan amanah Kementerian Pengajian Tinggi akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Sazili Shahibi
#Presiden UiTM FC
#Dr Azizan Abdullah
#UiTM FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan