awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM batal keahlian Malaysian Dance Sport Berhad

Bernama
Bernama
26/03/2022
09:50 MYT
MOM batal keahlian Malaysian Dance Sport Berhad
Mohamad Norza berkata perkembangan itu tidak menjejaskan nasib atlet sukan itu yang dijadual membawa cabaran negara di temasya Sukan SEA Vietnam Mei ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengesahkan telah membatalkan keahlian ahli bersekutunya, Malaysian Dance Sport Berhad (MDSB), selaras perlembagaan majlis itu.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia berikutan MDSB telah hilang pengiktirafannya daripada persekutuan antarabangsa iaitu World DanceSport Federation (WDSF).
Di bawah artikel 24.2 perlembagaan MOM, ahli berdepan kehilangan status keahliannya jika tidak lagi menjadi ahli persekutuan antarabangsa.
"Keputusan ini diambil setelah mendapat konsultasi daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), WDSF dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM di Wisma OCM di sini, hari ini.
Mohamad Norza berkata perkembangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan nasib atlet sukan itu yang dijadual membawa cabaran negara di temasya Sukan SEA Vietnam di Hanoi Mei ini dengan mereka akan bertanding di bawah naungan MOM.
Katanya, setakat hari ini jumlah kontinjen negara ke temasya Sukan SEA Vietnam adalah seramai 884 orang terdiri daripada 604 atlet dan 280 pegawai.
Sementara itu, mesyuarat hari ini turut meluluskan pelantikan doktor pasukan kontinjen Malaysia ke tiga temasya sukan utama tahun ini iaitu Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim bagi Sukan SEA Vietnam, Dr Kamarul Hashimy Hussein (Sukan Komanwel Birmingham) dan Dr Azril Syazwan Mohd Ali (Sukan Asia Hangzhou).
Dalam pada itu, mesyuarat turut meluluskan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara Abdul Rashid Yaakob sebagai Ketua Kontinjen baharu ke temasya Sukan Perpaduan Islam Ke-5 Konya 2022 menggantikan Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin yang menarik diri.
Dalam perkembangan berasingan, Mohamad Norza berkata MOM menyeru Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula ekosistem kewangan bagi membolehkan lebih banyak sumber kewangan dapat disalurkan bagi tujuan pembangunan sukan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOM
#Malaysian Dance Sport Berhad
#MDSB
#WDSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan