awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM yakin Olimpik Musim Sejuk Beijing berjaya

Bernama
Bernama
19/01/2022
21:17 MYT
MOM yakin Olimpik Musim Sejuk Beijing berjaya
Mohamad Norza (dua, kiri) bersama Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing (dua, kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Moira Tan (kanan) pada satu majlis di Kuala Lumpur, 19 Jan 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin bahawa Beijing dapat menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berjaya dan selamat pada 4 hingga 20 Feb ini, meskipun berlaku kebimbangan susulan peningkatan kes COVID-19 varian Omicron.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata penganjur telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan memperkenalkan gelembung sukan dikenali sebagai 'gelung tertutup' bagi membendung penularan wabak berkenaan.
"Saya sangat yakin Beijing akan menjadi tuan rumah yang hebat dan cemerlang. Ia akan menjadi temasya Sukan Musim Sejuk yang sangat berjaya. Dengan playbook, protokol keselamatan, gelembung sukan dan (fakta bahawa) mereka mempunyai kes sedikit berbanding seluruh dunia, saya fikir ia adalah tempat paling selamat.
"Saya juga yakin Beijing adalah tempat di mana semua atlet hendak pergi dan capai impian mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen negara ke temasya itu Moira Tan di sini semalam.
Malaysia diwakili dua atlet luncur salji alpine - Jeffrey Webb, 23, dalam kategori slalom lelaki dan Aruwin Idami Salehhuddin, 17, dalam kategori slalom dan giant slalom wanita - pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.
Malaysia membuat penampilan pertama pada Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, menerusi penyertaan Julian Yee, 24, yang menamatkan saingan di tempat ke-25 dalam acara figure skating lelaki, dan Jeffrey di tempat ke-68 acara giant slalom lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#Beijing
#Sukan Olimpik Musim Sejuk
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan