SUKAN
MotoGP: Marc Marquez bergelar juara dunia kali ketujuh

Marquez mengumpul 541 mata, meninggalkan pencabar terdekat iaitu adiknya, Alex Marquez, yang hanya meraih 340 mata. - Foto Stadium Astro
PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez, bergelar juara dunia kali ketujuh selepas mengesahkan status juara keseluruhan Kelas Perdana MotoGP 2025 dengan menamatkan perlumbaan Grand Prix Jepun di tempat kedua sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Marc Marquez bergelar juara dunia MotoGP 2025 buat kali ketujuh, selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Jepun di tempat kedua.
- Marquez mengumpul 541 mata, meninggalkan pencabar terdekat iaitu adiknya, Alex Marquez, yang hanya meraih 340 mata walaupun musim masih berbaki lima pusingan.
- Ini merupakan kejuaraan dunia pertama Marquez sejak 2019, dan beliau berlumba secara taktikal di Litar Motegi, mengekori rakan sepasukan Francesco Bagnaia yang menjuarai perlumbaan.
Dengan menghimpunkan 541 mata, Marquez tidak lagi dapat dipintas pencabar terdekat, iaitu adiknya, Alex Marquez (340 mata), walaupun masih berbaki lima pusingan musim ini.
Ia merupakan kejuaraan dunia pertama Marquez sejak kali terakhir meraihnya pada 2019. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami