KUALA LUMPUR: Peminat sukan permotoran tanah air mungkin terpaksa melupakan seketika impian melihat kelibat pelumba Malaysia beraksi di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Ini selepas prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali memberi bayangan tiada seorang pun pelumba tempatan berpotensi menyertai pasukannya ketika ini.
"Jika ada pelumba Malaysia yang berpotensi dan berbakat, sudah tentu kita akan fikirkan dan ambil.
"Saya tak nampak dalam masa terdekat kita ada pelumba, bukan sahaja MotoGP malah saingan Moto2 dan Moto3 pun saya tak nampak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Malaysia sebelum ini mempunyai wakil menerusi Hafizh Syahrin Abdullah yang pernah beraksi selama lapan musim dalam saingan MotoGP termasuk untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.
Pelumba berusia 27 tahun yang kali terakhir beraksi dalam MotoGP bagi saingan Moto2 tahun lepas kini mencuba 'angin baharu' apabila akan membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda untuk musim 2022.
Sementara itu, walaupun masih 'mentah' dalam saingan MotoGP, Razlan percaya tidak mustahil bagi pasukannya yang merupakan pendatang baharu dalam perlumbaan berprestij kali ini untuk melakar kejutan pada musim 2022.
Mana tidaknya, Razlan sebelum ini pernah membawa Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mencatat kejayaan membanggakan dengan merangkul gelaran pasukan 'Independent Teams' terbaik pada pada musim 2019 dan 2020.
Razlan juga percaya pasukannya yang memiliki pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso selaku naib juara tiga kali berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019 selain Darryn Binder yang 'diangkat' daripada saingan Moto3 ke MotoGP mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain bagi musim 2022.
"Kalau dilihat, memang sukar tapi tidak mustahil kerana saya yakin apa dibuat pada 2019 dan 2020 (Petronas Yamaha SRT) boleh diulangi.
"Kita ada jentera yang bagus selain dilengkapi pelumba berpengalaman (Dovizioso) dan pelumba muda berpotensi (Binder) yang mampu memberikan tunggangan terbaik musim baharu ini," katanya.
Beliau pada masa sama berkata penyandang juara, Ducati Lenovo Team diikuti Monster Energy Yamaha MotoGP serta Repsol Honda Team merupakan pencabar utama bagi merebut gelaran pasukan terbaik musim ini.
Pasukan Razlan akan meneruskan aksi pramusim berikutnya di Litar Mandalika, Indonesia pada 11 hingga 13 Feb ini selepas baru sahaja tampil beraksi pada Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Feb lepas.
Perlumbaan MotoGP 2022 akan membuka tirai pada 4 hingga 6 Mac di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
RAZLAN: Jika ada pelumba Malaysia yang berpotensi dan berbakat, sudah tentu kita akan fikirkan dan ambil. - Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
SRT kini RNF MotoGP Racing
RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan 'independent' (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022.
Pelumba AS, Gerloff gantikan Morbidelli di GP Belanda
Morbidelli kini menjalani penilaian perubatan dan rawatan selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya pada Selasa.
SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan
Kehadiran legenda Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team musim ini, bukan sekadar pemasaran.
Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah
Khairul Idham Pawi bakal digugurkan oleh Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi saingan Moto2 musim depan.
Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon
Razlan bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18.
Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi
Sebelum ini, Razlan meluahkan kekecewaan terhadap penunggang kelahiran Perak itu melakukan latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih merasai kesakitan pada kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red B
Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pa
Morbidelli sambung kontrak dengan Petronas Yamaha SRT hingga 2022
Beliau gembira untuk memperbaharui kontraknya untuk dua tahun lagi selepas cemerlang dengan pasukan itu.