awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPL: LY4LY4LY4 sedia tubuh kumpulan sendiri jika IDNS SG bubar

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
14/04/2018
06:04 MYT
MPL: LY4LY4LY4 sedia tubuh kumpulan sendiri jika IDNS SG bubar
LIM YANG: Jika IDNS SG bubar, saya buat keputusan untuk tubuhkan pasukan sendiri. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Pasukan Mobile Legends gergasi Singapura IDonotsleep (IDNS SG) dikatakan mungkin akan dibubarkan selepas berakhirnya pusingan penentu Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura 2018.
Pemain marksman IDNS SG Lim Yang (Ly4ly4ly4) berkata, biarpun terdapat kemungkinan pembubaran pasukan itu, dia bersedia untuk menubuhkan kumpulannya sendiri.
“Saya sudah berkecimpung dalam dunia e-sukan selama 10 tahun iaitu sejak berusia 14 tahun. Saya bermula daripada Dota dan kemudiannya League of Legends.
“IDNS SG mungkin akan dibubarkan tetapi saya sudah membuat keputusan untuk lebih serius dan kompetitif dalam e-sukan mudah alih (mobile esports) terutama dalam Mobile Legends dan Arena of Valor (AOV).
“Jika IDNS bubar, saya buat keputusan untuk tubuhkan pasukan sendiri,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Sementara itu, Lim Yang berkata, IDNS SG mensasarkan kedudukan dua teratas dalam kejohanan MPL.
Dia juga tidak menafikan kekuatan pasukan Malaysia terutama AirAsia Saiyan yang dilihat kini mempunyai prestasi cemerlang dan konsisten dalam e-sukan Mobile Legends.
IDNS SG ketika ini berada dalam kumpulan Upper Bracket selepas menewaskan MyA III semalam 2-0.
Kejohanan MPL berlangsung sejak semalam sehingga Ahad menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM230,000 (AS$ 60,000).
Topic Berkaitan
#arena of valor
#inds sg
#Liga Profesional Mobile Legends
#ly4ly4ly4
#Mobile Legends
#mobile legends professional league
#mpl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan