HOMEBOIS mengekalkan rentak kemenangan susulan melakar kejutan ke atas pasukan pilihan Todak dalam aksi minggu keempat saingan Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-12.
Susulan kemenangan mereka ke atas Red Giants E-Sports semalam, Homebois kekal di landasan yang baik minggu ini dengan kali ini menewaskan Todak.
Pasukan yang dikepalai Zorn, yang muncul MVP game secara keseluruhan, Homebois mendominasi dari awal perlawanan untuk mencatat kemenangan 15-6.
Skrip hampir sama untuk game kedua apabila Homebois berjaya mengekang asakan dari Todak untuk meraih kejayaan, dan kekal cemerlang minggu ini.
"Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Todak dan Homebois memiliki perseteruan sejak sebelum ini. Dan kemenangan kami ini terhasil daripada disiplin setiap pemain.
"Kami mengikut strategi daripada permulaan permainan, ia menjadi faktor terbesar kemenangan kami dalam perlawanan ini," kata jurulatih, Homebois, Khairul Azman Mohd Sharif.
- StadiumAstro.com
Astro Arena
Sat Sep 09 2023
Homebois berjaya mengekang asakan dari Todak untuk meraih kejayaan, dan kekal cemerlang minggu ini. - StadiumAstro
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
MPLMY: Homebois lakar kejutan benam Todak
Homebois kekal di landasan yang baik minggu ini dengan kali ini menewaskan Todak.