KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menyangkal dakwaan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) bahawa ia tidak pernah menerima atau berpeluang menggunakan peruntukan belanjawan secara khusus yang telah diumumkan dalam pembentangan bajet, pada tahun-tahun sebelum ini.
MSN dalam kenyataan malam tadi memaklumkan dakwaan MESF juga dibuat tanpa memahami bahawa peruntukan bajet pembangunan sektor e-sukan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyalurkannya tertakluk kepada kelulusan program yang ditetapkan.
Menurut kenyataan itu, KBS menerusi agensi pelaksana seperti Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan Impact Integrated yang bertanggungjawab terhadap peruntukan kerajaan dan tidak akan memberi keseluruhan peruntukan kepada mana-mana badan sukan tanpa penilaian dan justifikasi terhadap perancangan yang dikemukakan.
"Dalam erti kata mudah, peruntukan tidak akan disalurkan begitu sahaja tanpa memastikan bahawa program-program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberi impak kepada penggiat-penggiat sukan tersebut selari dengan strategi perancangan yang dipersetujui bersama," kata MSN.
MSN berkata pendekatan itu konsisten sejak sekian lama seperti peruntukan bajet tahunan kepada mana-mana badan sukan yang mendapat bantuan kerajaan.
Pada masa sama, MSN memaklumkan dakwaan MESF hanya menerima bantuan ke Sukan SEA 2019 di Filipina juga tidak berasas kerana badan induk itu telah menikmati keseluruhan peruntukan berjumlah kira-kira RM2.7 juta bagi program pasukan negara pada tahun 2019, 2020 dan 2022.
Dalam pada itu, MSN menjelaskan KBS telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan 2020-2025 pada 2019 dalam usaha menyelaras hala tuju dan pelaksanaan pembangunan e-sukan yang turut melibatkan MESF dan beberapa aktivis sukan berasaskan permainan video itu.
Sementara itu, MSN mendedahkan MESF telah dijemput bekerjasama dengan Esports Integrated (ESI) untuk penganjuran sukan selain usaha penggubalan undang-undang dan tadbir urus yang efisyen, namun MESF tidak menunjukkan minat atau memberi maklum balas untuk menyertainya.
"MESF sebagai badan induk e-sukan di Malaysia seharusnya mengambil inisiatif membangunkan sukan itu dengan menjalin kerjasama bersama pihak berkepentingan sukan itu, iaitu penerbit e-sukan yang mempunyai hak kawalan mutlak terhadap sesuatu jenis permainan, seperti inisiatif dijalankan oleh MSN, JBSN dan Impact Integrated sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Presiden MESF Datuk Ananth S Nathan seperti dilaporkan media sebelum ini menggesa semua pihak meneliti dan memperhalusi mengenai pengurusan peruntukan RM13 juta untuk e-sukan dalam Bajet 2023.
Beliau berkata MESF tidak pernah menerima atau berpeluang menggunakan peruntukan belanjawan secara khusus yang telah diumumkan dalam pembentangan bajet sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
KBS melancarkan Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan 2020-2025 pada 2019 dalam usaha menyelaras hala tuju dan pelaksanaan pembangunan e-sukan yang turut melibatkan MESF dan beberapa aktivis sukan berasaskan permainan video itu. - Gambar hiasan
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN
Katanya, MSN akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Malaysia harus berani anjur Sukan Komanwel 2026 - Dr Ramlan
Dr Ramlan berpendapat pelaburan kewangan 100 juta pound daripada CGF akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
MSN siasat dakwaan salah laku seksual jurulatih para renang
MSN juga menegaskan tidak pernah menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaharu ini.
Saiz kontinjen ke Paris 2024 mungkin kecil daripada jangkaan
Saiz Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berisiko menjadi lebih kecil berbanding beberapa edisi terdahulu selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.
Tiada kompromi gagal ujian doping - MSN
Abdul Rashid berkata pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet yang tampak masih tiada penghujungnya.
Empat atlet karate wanita 'naik pangkat' ke Program Podium
Skuad karate kebangsaan bakal menerima nafas baharu apabila empat atlet wanita dijangka diserapkan ke dalam Program Podium tahun depan sebagai usaha memantapkan pasukan negara.