awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSN tidak boleh terlibat dalam jawatankuasa siasatan

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
10/07/2013
13:19 MYT
MSN tidak boleh terlibat dalam jawatankuasa siasatan
Idea penubuhan Jawatankuasa siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai pengiring dirogol atlet pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 disambut baik bekas Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad.
Namun bagi beliau, adalah lebih baik jika ia diketuai pihak tidak berkepentingan dan bukannya pihak MSN.
"Adalah lebih baik kalau ia diuruskan dianggotai oleh pihak pihak tidak berkepentingan, bebas supaya mereka dapat lihat perkara dari luar kalau orang mereka yang terlibat boleh jadi orang lihat ada kepentingan yang mungkin terlepas pandang dan tidak dilihat secara objektif" katanya.
Turut senada dengan Mazlan adalah Penganalisis dan blogger sukan tempatan Rizal Hashim.
Bagi beliau MSN selaku pihak penganjur tidak sesuai menjadi pengerusi jawatankuasa berkenaan.
Lantas, beliau menggesa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibawah Khairy Jamaluddin agar mengkaji semula perkara tersebut.
"Saya rasa tidak sesuai kalau jawatankuasa ini dipengerusikan ketua pengarah MSN kerana mereka penganjur jadi saya gesa kementerian belia dibawah Khairy Jamaluddin untuk kaji semula perkara ini.
"Kalau boleh lantik individu atau tokoh yang objektif yang profesional yang tiada kaitan dengan MSN dan mungkin individu paling sesuai Ketua setiausaha KBS sendiri Datuk Jamil Salleh yang baru dilantik dan saya rasa wajar kalau seorang tokoh dari luar MSN pengerusikan jawatankuasa khas ini," kata Rizal
Sebelum ini, MSN mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai pengiring dirogol atlet pada temasya SUKMA 2013.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong berkata inisiatif itu akan membabitkan beberapa pihak.
Selain MSN, ia bakal dianggotai pegawai Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).
Topic Berkaitan
#datuk wira mazlan ahmad
#keselamatan
#Khairy Jamaluddin
#MSN
#rogol
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan